Part 1
Part 2
Part 3
Masih lagi bercerita tentang Mabul Island. Minggu lepas aku pergi
lagi ke Sabah, kali ini ke Kota Kinabalu. Aku akan cerita dalam entri
akan datang ye.
Percutian ke Mabul Island memang menyeronokkan. Aku mencuba
sesuatu yang baru di sini. Seorang rakan memasukkan gambar beliau ketika
membuat aktiviti 'scuba diving'. Dan rakan itulah yang mengajak aku
untuk percutian ke Mabul.
Mabul - Sipadan - Kapalai merupakan rangkaian pulau pilihan
penggemar aktiviti 'scuba diving'. Mereka yang mempunyai lesen Scuba
Diving boleh melakukan aktiviti scuba di sini. Aku pula tidak mempunyai
lesen dan belum ada perancangan untuk berbuat demikian. Tapi teringin
untuk mencuba dahulu. Walaupun tidak mempunyai lesen, aku berpeluang
mencuba aktiviti scuba diving yang juga dikenali sebagai 'Mock Scuba
Diving' atau 'Discovery Scuba Diving.
Hari kedua. Kami memulakan aktiviti snorkeling. Team Scubajeff
(penyedia water chalet) membawa kami ke destinasi pertama pagi itu.
Kapalai. Teruja. Bersemangat. Kapalai dibina diatas batu karang. 'Water
chalet' yang indah dan lengkap dengan fasiliti asas dibangunkan supaya
pengunjung dapat menikmati keindahan batu karang dan ikan-ikan comel
dibawahnya.
Perjalanan ke sana agak mencabar. Cuaca pagi itu mendung. Selang
beberapa minit perjalanan, hujan sangat lebat. Kami pula dibawa menaiki
bot nelayan. Bot itu besar dan boleh memuatkan kami berlapan dan lima
lagi orang pembantu yang akan menemankan kami semasa aktiviti
snorkeling. Laut bergelora. Sampai ditengah, pemandangan agak terbatas
dan pengemudi bot hampir-hampir tidak nampak arah ke Kapalai.
Walaubagaimanapun, nasib kami baik akhirnya sampai juga di Kapalai.
Hujan reda. Kami turun untuk snorkeling.
Segala puji bagi Allah. Aku seolah melihat akuarium yang sangat
besar dan luas. Tiada tandingannya. Ikan-ikan kecil dan comel
berwarna-warni melepasi pandangan. Ada yang berwarna kuning dan biru
terang. Berbelang-belang dan pelbagai lagi warna dan corak yang menarik.
Tapi aku agak gusar, takut-takut kaki terkena batu karang yang
dihampiri.
Sungguh indah ciptaan Allah. Supaya manusia
melihat kejadian makhluk ini dan berfikir. Semoga menjadi orang yang
beriman dan bertakwa. Manusia adalah makhluk Allah yang sangat bertuah
dikurniakan akal dan berupaya melakukan aktiviti seperti ini untuk
mengenali makhluk Allah lainnya.
BERSAMBUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan