Pages - Menu

Selasa, 29 Disember 2015

Travelog: Kota ini lebih romantis daripada Paris


Berangan nak ke Turki. Orang kata Istanbul cantik. Orang kata masjid di sana indah. Orang kata naik belon panas di sana sangatlah mengujakan.

Saya pun berangan-angan. Dengar orang kata je, nak juga lihat sendiri. Insya Allah.

Tapi sebelum pergi, saya baca ebook ini dahulu, Kota Ini Lebih Romantis daripada Paris oleh Azzah AR. Travelog ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau bermukim lebih dua bulan di Turki. Beliau juga sudah beberapa kali ke sana. Sudah berjaya belajar bahasa Turki lagi.

Saya suka travelog ini. Ada kisah yang lucu, sedih, gembira, terharu dan bermacam-macam lagi. Penulis turut menceritakan tentang bangunan-bangunan penting serta sejarah yang dekat dengan Islam. Masjid-masjid yang indah. Orang Turki yang pembersih dan peramah. Yang terlebih peramah pun ada!

Nak tahu lebih lanjut, bacalah ebook ini. Boleh tempah terus daripada penulis. Klik sini. Layari laman web penulis Nota Perempuan Backpacker.

2 ulasan:

  1. Assalam..saya dah order ebook ni juga..tp yg sedihnya dah seminggu xde response pn dr penulis.. sy dh hntr email 2 kali pn still no response..hmm..hrtu awak order lama ke tggu?

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam. Cuba hubungi beliau semula. Jika dah buat bayaran, emelkan kepada penulis. Masa saya beli cepat sahaja dapat. Melalui emel.

    BalasPadam