Pages - Menu

Sabtu, 27 Oktober 2012

Rumah Terbalik (The Upside Down House of Borneo)

Tips melancong ke Kota Kinabalu
Oktober 2012 - Kota Kinabalu
Hari 1 - Jessleton Point, Pulau Manukan, CentrePoint Sabah

Tahniah untuk Dr Mohd Hariz Ammar pada Hari Konvokesyen UMS. Agenda utama ke UMS pada sebelah pagi Sabtu. Hujan renyai-renyai. Kami menunggu Ammar keluar lebih kurang 12 tengahari.


Selepas makan tengahari kami terus ke Rumah Terbalik, The Upside Down House of Borneo. Hanya ada 5 buah rumah terbalik di seluruh dunia iaitu di 3 di Eropah, 1 di Jepun dan terkini di Sabah. Dirasmikan dalam bulan Mac 2012 dan sehingga kini menerima pelancong dalam dan luar negara.

Yuran masuk RM10 untuk dewasa dan pelajar akan mendapat minuman percuma di Kedai Kopi Rumah Terbalik. Pelawat dibenarkan bergambar di luar Rumah Terbalik. Tidak boleh mengambil gambar di dalam rumah. Semua peralatan diletakkan terbalik seperti meja makan, mesin basuh, katil dan peralatan dapur. Barang yang paling berat dipasang terbalik ialah mesin jahit.


Binaan yang unik. Kos pembinaan dikatakan hampir setengah juta ringgit. Kalau anda ke Kota Kinabalu boleh singgah di sini. Perjalanan dari bandar KK mengambil masa 30-40 minit sahaja. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 10 malam.

Lokasi:
Kg. Telibong, Batu 21,
Jalan Telibong Tamparuli,
89208 Tuaran Sabah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan