Pages - Menu

Sabtu, 27 Oktober 2012

Gaya - Sapi - Manukan - Mamutik


Tips melancong ke Kota Kinabalu
Oktober 2012 - Kota Kinabalu
Hari 1 - Jessleton Point, Pulau Manukan, CentrePoint Sabah

Hari terakhir di Kota Kinabalu. Kami sekumpulan (9 orang) menaiki bot untuk ke Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Ada lima buah pulau berhampiran. Sebuah lagi pulau ialah Pulau Sulug. Di pulau ini  tiada jeti dan 'life guard', tidak digalakkan untuk pergi ke sana. Aktiviti kami hari ini adalah 'island hopping' dan snorkeling.

Cuaca baik dan kami singgah di Pulau Gaya. Arjuna (pemandu bot kami) berasal dari Pulau Gaya. Berhenti sekejap di sini untuk salin baju dan bersedia untuk snorkeling. Menurut Arjuna, populasi di Pulau Gaya melebihi 1000 orang dan ada sekolah rendah dan menengah. Penduduk tempatan ada yang bekerja sebagai nelayan dan ada juga yang bekerja di bandar Kota Kinabalu. Terdapat juga penempatan orang luar di sekitar pulau.

Pengunjung ke mana-mana pulau ini perlu membayar fi konservasi Taman Rekreasi Tunku Abdul Rahman sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Fi hanya perlu dibayar sekali sahaja dan tunjukkan tiket di pulau seterusnya.




Selepas bersiap-siap dengan pakaian mandi, kami bertolak ke Pulau Sapi untuk aktiviti snorkeling. Bagi yang pertama kali hendak bersnorkeling, agak kekok sedikit. Sentiasa gunakan jaket keselamatan dan gogel khas. Bermula dari pantai dan ke tengah sedikit. Ada pelampung penanda aras supaya tidak lepas ke kawasan dalam.

'Lifeguard' bertugas mengawasi kawasan pantai. Tetapi perlu berhati-hati dan pergi dalam kumpulan.


Pengunjung boleh melakukan aktiviti lain seperti BananaBoat Ride, Jetski, Parasailing dan Scuba Diving. Selepas Pulau Sapi, kami ke Mamutik untuk berehat sekejap dan makan. Terakhir kami ke Pulau Manukan. Hujan mulai turun dan kami berjalan di sekitar Pulau Manukan sebelum bertolak pulang ke Jessleton Point.



Dan berakhir percutian saya kali ini, terus ke Terminal 2, Kota Kinabalu untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Bagi sesiapa yang perlukan perkhidmatan speedboat dan kereta sewa semasa di Kota Kinabalu, bolehlah emel kepada saya, saya akan berikan nombor Arjuna (bot) dan Said (kereta sewa).

2 ulasan:

  1. Gambo pulan manukan tu mcm posscard jer....cantik :-)

    BalasPadam
  2. :) bergambar kt situ je dekat setengah jam, sebab cantik view. tapi memang panas la hari tu

    BalasPadam