Pages - Menu

Sabtu, 27 Oktober 2012

#200: Tips melancong ke Kota Kinabalu, Sabah

Oktober 2012 - Kota Kinabalu
Hari 1 - Jessleton Point, Pulau Manukan, CentrePoint Sabah

Ini adalah entri yang ke 200. Wah, tak sangka dah tulis 200 entri. Nak berkongsi dengan pembaca (sebenarnya lebih pada nak buat nota untuk diri sendiri je). Post yang paling popular adalah yang berkaitan dengan trip saya ke Korea Selatan awal tahun ini.

Dan menjelang musim sejuk ni, makin banyak jejak dalam entri ini. Semoga info yang saya kongsikan memberi manfaat kepada mereka yang pertama kali ingin melawat ke tempat-tempat berkenaan. Bukan apa, saya sendiri akan merujuk blog-blog sebelum melawat tempat yang pertama kali saya pergi. Lebih mudah membuat persediaan.

Ok, kita sambung cerita ke Kota Kinabalu. Sedikit tips untuk melancong ke Kota Kinabalu:

1) Buat tempahan penerbangan lebih awal, mungkin 2-3 bulan sebelum tarikh yang dirancangkan. Jikalau anda daripada Semenanjung, harga tiket boleh mencecah RM400 dan keatas untuk perjalan pergi sahaja sekiranya anda membuat tempatan lewat, terutamanya pada musim cuti. Kota Kinabalu adalah tumpuan pelancong, bukan sahaja daripada Malaysia tetapi juga luar negara.

2) Sekiranya anda dalam percutian bajet, boleh membuat tempahan bilik di Booking.com. Kami memilih Casuarina Hotel. Lokasi hotel hanya 5 minit daripada Terminal 2, Kota Kinabalu. Jika anda sampai pada waktu siang, boleh menggunakan airport teksi dan anggaran kos lebih kurang RM20 ke atas. Tetapi jika anda sampai pada waktu malam, surcaj sebanyak 50% dikenakan apabila membeli tiket teksi di kaunter selepas 11.50 malam. Kami dikenakan caj RM38 malam itu untuk perjalanan tidak sampai 5 minit. Kami tiada pilihan.


3) Jika anda merancang untuk ke beberapa tempat di Kota Kinabalu, buat tempahan kereta sewa lebih awal. Kami datang pada masa sibuk, iaitu Majlis Konvokesyen UMS. Jadi agak sukar mendapatkan kereta sewa. Nasib baik ada kenalan yang membantu. Kadar sewa yang biasa untuk kereta Viva ialah RM80 dan ke atas dan Myvi ialah RM120 ke atas untuk sehari.

4) Bawa pakaian yang sesuai untuk snorkeling atau berkelah di pantai. Mungkin anda ingin singgah di Taman Rekreasi Tunku Abdul Rahman di pulau-pulau sekitar iaitu Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Sapi dan Pulai Mamutik.

5) Mudah sahaja memandu di Kota Kinabalu kerana bandarnya tidak terlalu padat, tetapi agak membangun dan mesra pelancong.

6) Hari kedua, saya menginap di LeMeredien di dalam bandar Kota Kinabalu. Banyak hotel-hotel di dalam bandar. Jika anda berpeluang untuk menginap di hotel-hotel ini, lebih mudah untuk anda berjalan-jalan di pasar malam dan pasar pagi.


7) Jika anda ingin mendaki Gunung Kinabalu, mungkin anda perlu tinggal di KK dalam tempoh yang lebih panjang untuk melawat tempat-tempat lain juga.

Kalau ada peluang dan kelapangan, saya akan pergi lagi ke Kota Kinabalu. Dan bercita-cita mendaki Gunung Kinabalu :)

3 ulasan:

  1. best kan jalan2 kat sana.. Insyaalah bulan Januari tahun depan Wie pun akan membawa famili bercuti ke sana.. tiket dah tempah dari bulan Febuari lepas.. memang murah gila..

    BalasPadam
  2. selamat bercuti :) memang best rehat-rehat kat KK

    BalasPadam