Pages - Menu

Rabu, 19 September 2012

Oleh-oleh Bandung

Bila melancong ke negara luar atau tempat lain, makanan menunjukkan perbezaan budaya. Bandung terkenal dengan kacang bandung. Kacang bandung ialah kacang tanah yang disalut tepung berperisa dan rangup dimakan. Selain itu, ada beberapa jenis makanan yang saya suka di sini seperti batagor.

Batagor ialah tahu dan kek ikan yang disalut kulit wantan digoreng kemudian dimakan bersama kuah kacang dengan sedikit kicap pekat. Rasanya agak 'familiar' dengan kuah kacang di sini dan sedap juga. Kami dapat merasa hidangan ini di Java Bean, Rumah Mode. Sebelum meninggalkan Rumah Mode, saya sempat membeli sebungkus batagor untuk dimakan di dalam bas :)


Getuk bandung ialah ubi yang direbus kemudian dilenyek dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam. Ia sejenis makanan orang Jawa. Agak biasa bagi saya kerana mak selalu menyediakan getuk untuk sarapan pagi semasa saya kecil dahulu.

Getuk bandung ini dibungkus rapi untuk jualan secara komersial oleh Kartika Sari. Memang ramai pengunjung di Kartika Sari pada pagi Ahad dan saya dimaklumkan memang suasana agak sibuk hampir setiap hari di sini kerana mereka menyediakan pelbagai pilihan untuk sarapan, oleh-oleh, brownies dan kek lapis.


Lemper ialah pulut inti. Ada tiga jenis lemper yang disediakan iaitu lemper rendang, lemper ayam dan lemper asli.


Pelbagai jenis kerepek di kedai oleh-oleh.


Saya membeli oleh-oleh Bandung di Kedai Pelangi Rasa, Jalan Cibaduyut pada hari kedua. Kedainya tersusun dan agak bersih berbanding kedai-kedai lain yang menawarkan produk serupa. Keadaan agak sibuk kerana ramai pelanggan semasa saya tiba di situ. Apabila keadaan lengang sedikit, barulah kami boleh memilih oleh-oleh yang hendak dibeli.

Dani dan Anang sangat peramah dan mudah untuk kami memilih oleh-oleh yang sedap seperti kacang Bandung, tempe goreng dan sebagainya. Harga sebungkus oleh-oleh, dengan berat 200g ialah Rp10,000 = RM3.32.


Timbang yang mereka gunakan. Sangat bijak. Banyak kedai yang masih menggunakan penimbang seperti ini di sekitar Bandung :)



Angklung - alat musik buluh
Bandung Streets

Bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan