Pages - Menu

Isnin, 17 September 2012

Melancong ke Bandung, Jawa Barat Indonesia

Perjalanan bermula seawal 645 pagi daripada LCCT Kuala Lumpur ke Bandung. Penerbangan mengambil masa 2 jam 15 minit. Kali ini saya menyertai rombongan seramai 40 orang untuk lawatan 3 hari 2 malam di Bandung. Kami tiba jam 8 pagi waktu tempatan. Perbezaan masa ialah sejam lebih awal daripada Kuala Lumpur. Waktu Kuala Lumpur ialah 9 pagi.

Bandara Hussein Sastranegara Bandung ialah lapangan terbang bersaiz sederhana. Suasana agak sibuk dan fasiliti di sana terhad dan sistem tuntutan bagasi tidak menggunakan 'belt' pusingan seperti di LCCT. Pemandu pelancong telah menunggu kami untuk program lawatan di sana. Pak Budi (pemandu pelancong) dan Pak Chechep (pemandu bas) bertugas untuk membawa rombongan kami kali ini.

Saya pernah ke Bandung lebih 3 tahun lepas. Bandung semakin sesak dan padat. Ramai pelancong luar negara, dan ramai juga warga Indonesia yang pulang ke Bandung daripada Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain.

 Penginapan kami di Hotel Cemerlang, Jl Pasir Kaliki. Bersebelahan Hilton.
 Stesen minyak di Bandung, Pertamina dan Kebun Binatang Bandung (Zoo).
Trafik sesak lebih kurang waktu Zohor, dan gerai-gerai jualan pada hari Jumaat.

 Beberapa tips bagi mereka yang hendak ke Bandung:
1) Tukaran matawang rupiah kali ini ialah Rp 1 juta = RM332, setiap Rp100,000 = RM33.20 dan Rp10,000 = RM3.32
2) Sediakan wang secukupnya untuk berbelanja di Bandung kerana banyak tempat membeli belah yang menawarkan produk-produk berkualiti dengan harga berpatutan
3) Aktifkan kad debit / ATM / kad kredit kerana anda boleh gunakannya di kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan ini, tapi semak dahulu adakah sebarang caj tambahan dikenakan. Kebiasaannya ialah 2-3% daripada nilai belian asal.
4) Pengeluaran wang rupiah boleh dibuat di ATM CIMB Niaga atau Maybank. Pastikan pengaktifan dibuat terlebih dahulu.
5) Berjaga-jaga dengan dompet dan 'handbag' kerana banyak kes seluk saku di sini.
6) Sekiranya anda pertama kali sampai, berjalan dalam kumpulan untuk mengelakkan sesat kerana bandar ini sangat sibuk dan padat.

Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan