Pages - Menu

Rabu, 19 September 2012

Oleh-oleh Bandung

Bila melancong ke negara luar atau tempat lain, makanan menunjukkan perbezaan budaya. Bandung terkenal dengan kacang bandung. Kacang bandung ialah kacang tanah yang disalut tepung berperisa dan rangup dimakan. Selain itu, ada beberapa jenis makanan yang saya suka di sini seperti batagor.

Batagor ialah tahu dan kek ikan yang disalut kulit wantan digoreng kemudian dimakan bersama kuah kacang dengan sedikit kicap pekat. Rasanya agak 'familiar' dengan kuah kacang di sini dan sedap juga. Kami dapat merasa hidangan ini di Java Bean, Rumah Mode. Sebelum meninggalkan Rumah Mode, saya sempat membeli sebungkus batagor untuk dimakan di dalam bas :)


Getuk bandung ialah ubi yang direbus kemudian dilenyek dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam. Ia sejenis makanan orang Jawa. Agak biasa bagi saya kerana mak selalu menyediakan getuk untuk sarapan pagi semasa saya kecil dahulu.

Getuk bandung ini dibungkus rapi untuk jualan secara komersial oleh Kartika Sari. Memang ramai pengunjung di Kartika Sari pada pagi Ahad dan saya dimaklumkan memang suasana agak sibuk hampir setiap hari di sini kerana mereka menyediakan pelbagai pilihan untuk sarapan, oleh-oleh, brownies dan kek lapis.


Lemper ialah pulut inti. Ada tiga jenis lemper yang disediakan iaitu lemper rendang, lemper ayam dan lemper asli.


Pelbagai jenis kerepek di kedai oleh-oleh.


Saya membeli oleh-oleh Bandung di Kedai Pelangi Rasa, Jalan Cibaduyut pada hari kedua. Kedainya tersusun dan agak bersih berbanding kedai-kedai lain yang menawarkan produk serupa. Keadaan agak sibuk kerana ramai pelanggan semasa saya tiba di situ. Apabila keadaan lengang sedikit, barulah kami boleh memilih oleh-oleh yang hendak dibeli.

Dani dan Anang sangat peramah dan mudah untuk kami memilih oleh-oleh yang sedap seperti kacang Bandung, tempe goreng dan sebagainya. Harga sebungkus oleh-oleh, dengan berat 200g ialah Rp10,000 = RM3.32.


Timbang yang mereka gunakan. Sangat bijak. Banyak kedai yang masih menggunakan penimbang seperti ini di sekitar Bandung :)



Angklung - alat musik buluh
Bandung Streets

Bersambung

Selasa, 18 September 2012

Angklung - National Heritage


Angklung dinobatkan sebagai National Heritage of Indonesia oleh UNESCO sejak tahun 2010. Persembahan musikal angklung menjadi salah satu tarikan pelancong di Bandung. Kami berpeluang melihat persembahan pada petang itu bermula jam 330 petang hingga 530 petang.

Saung Angklung Udjo, sebuah pusat kemahiran dan kebudayaan yang ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memelihara keunikan musik angklung. Pada masa ini lebih 500 pelajar dibimbing seawal umur 3 atau 4 tahun untuk bermain angklung.

Dalam tempoh dua jam, semua pengunjung dapat melihat persembahan tradisional berlatar musik angklung, orkestra angklung dan kami diberi peluang untuk belajar musik angklung secara ringkas. Sangat menarik. Angklung yang dihasilkan daripada buluh boleh dijadikan alat musik yang menakjubkan dan ia disusun untuk menghasilkan bunyi yang harmoni dalam lagu.



 

Seni musik angklung berteraskan suasana yang ceria dan menggembirakan. Dan ia memang unik. Kalau anda berpeluang ke Bandung, boleh singgah ke Saung Angklung Udjo.

Bersambung.

Bandung Streets

Isnin, 17 September 2012

Melancong ke Bandung, Jawa Barat Indonesia

Perjalanan bermula seawal 645 pagi daripada LCCT Kuala Lumpur ke Bandung. Penerbangan mengambil masa 2 jam 15 minit. Kali ini saya menyertai rombongan seramai 40 orang untuk lawatan 3 hari 2 malam di Bandung. Kami tiba jam 8 pagi waktu tempatan. Perbezaan masa ialah sejam lebih awal daripada Kuala Lumpur. Waktu Kuala Lumpur ialah 9 pagi.

Bandara Hussein Sastranegara Bandung ialah lapangan terbang bersaiz sederhana. Suasana agak sibuk dan fasiliti di sana terhad dan sistem tuntutan bagasi tidak menggunakan 'belt' pusingan seperti di LCCT. Pemandu pelancong telah menunggu kami untuk program lawatan di sana. Pak Budi (pemandu pelancong) dan Pak Chechep (pemandu bas) bertugas untuk membawa rombongan kami kali ini.

Saya pernah ke Bandung lebih 3 tahun lepas. Bandung semakin sesak dan padat. Ramai pelancong luar negara, dan ramai juga warga Indonesia yang pulang ke Bandung daripada Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain.

 Penginapan kami di Hotel Cemerlang, Jl Pasir Kaliki. Bersebelahan Hilton.
 Stesen minyak di Bandung, Pertamina dan Kebun Binatang Bandung (Zoo).
Trafik sesak lebih kurang waktu Zohor, dan gerai-gerai jualan pada hari Jumaat.

 Beberapa tips bagi mereka yang hendak ke Bandung:
1) Tukaran matawang rupiah kali ini ialah Rp 1 juta = RM332, setiap Rp100,000 = RM33.20 dan Rp10,000 = RM3.32
2) Sediakan wang secukupnya untuk berbelanja di Bandung kerana banyak tempat membeli belah yang menawarkan produk-produk berkualiti dengan harga berpatutan
3) Aktifkan kad debit / ATM / kad kredit kerana anda boleh gunakannya di kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan ini, tapi semak dahulu adakah sebarang caj tambahan dikenakan. Kebiasaannya ialah 2-3% daripada nilai belian asal.
4) Pengeluaran wang rupiah boleh dibuat di ATM CIMB Niaga atau Maybank. Pastikan pengaktifan dibuat terlebih dahulu.
5) Berjaga-jaga dengan dompet dan 'handbag' kerana banyak kes seluk saku di sini.
6) Sekiranya anda pertama kali sampai, berjalan dalam kumpulan untuk mengelakkan sesat kerana bandar ini sangat sibuk dan padat.

Bersambung.

Rabu, 12 September 2012

Upcoming trip - Bandung

I will leave for Bandung this weekend. Bandung known for its shopping places and factory outlets. Places in our itinerary includes:
- Rumah Mode
- Angklung Stadium
- Toko Jean
- Jalan Riau
- Tangkuban Perahu
- Paris Van Java
- Kartika Sari

Solat timetable in Bandung (local time), time difference is one-hour earlier. Refer here. Based on 12 Sept 2012.
Subuh - 4.27
Zohor - 11.46
Asar - 15.02
Maghrib - 17.47
Isya' - 18.56

Looking forward for the trip. Will definitely update some tips and experience in Bandung. By the way, this is my second trip to Bandung. My first visit was in 2010 for Jakarta-Bandung.