Pages - Menu

Selasa, 17 Julai 2012

Pandangan mata

Aku pulangkan kesyukuran pada Allah. Hujan turun lagi sejak petang tadi. Hujan adalah rezeki. Bahawa Allah masih sayangkan hamba-Nya. Adakah kita cintakan Nya?

"Orang yang beriman adalah orang yang menjaga kata-katanya." Ustaz Pahrol, Mukmin Profesional di Radio IKIM.

Aku dapat satu ilmu yang menarik tentang pandangan mata. Rupanya mata kanan lebih kuat dari mata kiri. Mata kanan cenderung melihat perkara yang cantik, yang positif dan mengujakan. Mata kiri pula lebih cenderung kepada perkara negatif. Contoh: orang yang menjeling, dengan mata kiri. Info yang sangat menarik.

Dengan fakta ini, pengamal media menyusun atur material untuk promosi supaya dapat menghasilkan bahan yang efektif kepada sasaran.

Jarang sekali orang dapat menipu dengan pandangan mata. Jangan mengharapkan orang jujur pada kita, tapi jujurla pada diri sendiri dahulu. Itu lebih menyenangkan.

Selamat malam yang dingin dan tenang. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan