Pages - Menu

Selasa, 17 Julai 2012

Malam di Kampung Baru, KL


Hujan dari petang tadi hingga ke malam. Aku suka hujan. Sejuk dan membersihkan udara kita ini. Seperti mengalu-alukan kedatangn Ramadhan tidak berapa lama lagi. Tadi aku ada mesyuarat di Kuala Lumpur. Jarang sangat bermesyuarat waktu malam. Tapi sesekali meronda di KL, agak terkesima juga. Kenapa?

Malam masih sibuk
Tamat mesyuarat dalam 840 mlm. Sebab belum makan malam, bos ajak singgah disebuah restoran nasi padang, Restoran Sri Garuda Emas. Banyak kedai-kedai makan di sekitar Kampung Baru. Masakan tomyam, asam pedas, nasi padang dan macam-macam lagi.

Sebab jarang sangat sampai di kawasan ini, ada sederet kedai-kedai menjual jamu dan produk herba. Mustika Ratu, Jamu Mak Dara, Natasha dan lain-lain. Susun atur kedai hampir serupa. Satu strategi bisnes yang menarik.

Berjalan dari kereta ke restoran pun ada perasaan kurang selamat. Walaupun tak jauh dari situ ada sekumpulan pegawai polis dengan van polis bergerak dan kereta peronda. Mereka tidak membuat rondaan, hanya bersedia dan memantau satu program yang aku tak pasti program apa.

Budaya meminta (aku ambil dari 'wall post' FB) 
Lokasi: Sebuah restoran di KL
Masa: 930mlm 
Situasi: Didatangi tiga orang kanak-kanak perempuan (lingkungan umur 7-8 tahun) membawa kad PIBG dan meminta sumbangan. Saya nampak ada 7 hamba Allah telah memberi sumbangan RM1.
Imbau kembali: Saya juga pernah membawa kad PIBG sebegini.
Perasaan: Saya sendiri tak berapa gembira bila guru memberi tugasan 'meminta' sebegini. Apa pula perasaan kanak-kanak tadi?
Pandangan peribadi: Budaya meminta sebegini tidak membawa ke arah yang positif. Mungkin PIBG perlu fikirkan cara lain untuk mengumpul dana. Kaedah ini telah digunakan 'lamaaaaa duloooooo'.
Risiko: Kanak-kanak perempuan dibenarkan ibubapa keluar rumah sehingga jam 930 malam (dan tadi sempat saya berpesan supaya pulang sebelum 945mlm). 
Cadangan: Kalau ada ibu bapa yang mampu, tak perlulah anak-anak tadi pergi meminta-minta pada orang lain. Jangan salah anggap, kalau ada yang datang pada saya, ada rezeki saya akan bagi. Tapi fikirkan perasaan mereka dan kesan kepada keperibadian mereka nanti.
Sesekali meronda di Kuala Lumpur, dapatlah melihat keadaan di luar sana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan