Pages - Menu

Rabu, 20 Jun 2012

Sabar itu indah

Orang yang sabar adalah orang yang kuat. Teringat lagi jawapan Ustaz Pahrol pada seorang pemanggil tentang sabar. 'Sabarlah dalam bersabar kerana itu Allah sebutkan Sabrun Jamil'.

Kebetulan semasa menjalankan tugasan di Shah Alam, aku dan rakan sekerja dalam sebuah majlis ilmu yang sangat baik. Ustaz Dr Shihabuddin menjelaskan tentang 8 kategori sabar:

1. Sabar dalam musibah
Kalau tak sabar, mungkin kita akan mudah menyalahkan takdir, takdir itu hak Allah. Adakah kita mempersoalkan hukum Allah?

2. Sabar dalam Ibadah
Mudah ke hendak menunaikan Solat yang mengambil masa kurang 10 minit? Solat sunat rawatib? Solat tahajud? Apabila solat lima waktu dah cukup, mujahadah pula untuk solat sunat... maka kena sabar.

3. Sabar dalam meninggalkan maksiat, atau larangan
Perkara yang dilarang itu yang nampak seronok, rasanya sedap, nampaknya senang ... tapi dosa akan menjadikan doa kita tumpul.

4. Sabar dalam pergaulan
Hubungan dengan manusia memang mencabar, kadangkala terpaksa menahan hati sahaja.

5. Sabar dalam berdakwah
Setiap orang adalah pendakwah, kalau buat satu kebaikan, ajak orang lain buat kebaikan. Tapi akan bertemu juga dengan orang yang tetap tak akan berubah ke arah kebaikan. Kerana Hidayah itu milik Allah jua.

6. Sabar dalam berjuang
Satu analogi yang dikongsikan oleh Ustaz Pahrol. Air akan mendidih pada tahap 100 darjah celcius. Tetapi kalau api yang membakar itu dimatikan sebelum sampai darjah kepanasannya, maka air yang sedang panas itu tidak akan mendidih dan akan suam dan akan sejuk pula. Kerana apa? Tidak sabar.

7. Sabar dalam nikmat
Kadang nikmat juga boleh membuat kita tidak sabar. Ustaz Dr Shihabuddin memberi contoh, dapat gaji setiap bulan, tidak sampai akhir bulan sudah habis. Kerana tidak sabar membelanjakan nikmat pendapatan itu.

8. Sabar dalam bekerja
Bekerja itu boleh jadi ibadah bila cukup syaratnya. Itu pun kena bersabar juga.

Sabar vs Marah. Sebenarnya orang yang sabar itu lebih kuat daripada orang yang marah kerana orang yang sabar itu menahan dirinya daripada marah. Subhanallah ... Ya Allah, jadikanlah aku dan kaum keluargaku dan sahabat-sahabatku dalam golongan orang yang sabar.

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan