Pages - Menu

Khamis, 31 Mei 2012

Inspirasi Solat

Ini entri biasa-biasa sahaja. Tetapi berkenaan perkara yang luar biasa. Tentang Solat.

Beberapa minggu lalu Ustaz Pahrol berkongsi maklumat tentang keadaan masyarakat Islam kini yang semakin meninggalkan solat atau sembahyang lima waktu. Lebih 80% yang tidak menunaikan solat dan daripada baki 20% berapa ramai pula yang mendirikan solat?

Hari ini aku rasa seronok sangat kerana begitu indahnya dan mudahnya berurusan dengan orang yang mendirikan solat. Hikmah solat sangat mendalam. Temujanji kami ditetapkan pada jam 5 petang, aku sampai awal untuk membuat semakan dokumen yang hendak ditandatangi dan solat Asar terlebih dahulu. Beliau dan isteri sampai selepas itu dan terus mendirikan Solat.

Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan kami. Begitulah seterusnya, urusan berjalan dengan baik. Rupanya keperibadian solat memang mendidik kita supaya berakhlak di luar solat. Menepati masa, fokus, pertuturan yang baik dan ingat Allah dan tuntutanNya.

Aku masih belajar memperbaiki solat. Kalau dulu (masa sekolah) lebih kepada pelaksanaan solat. Janganlah berhenti di situ saja. Belajarlah pula falsafah solat. Setiap yang disyariatkan dalam Islam, pasti ada manfaatnya, tiada yang sia-sia.

Kadang-kadang rasa susah, malas, sibuk dan penat, solatlah juga bila masuk waktunya agar kita kembali tenang. 

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan