Pages - Menu

Isnin, 2 April 2012

Studio unit untuk disewa

Ini bukan entri iklan. Sekadar hendak mencatat pengalaman ringkas menyiapkan sebuah studio unit untuk disewa.

Oasis Ara Damansara - Serviced suites siap sepenuhnya lebih kurang dua bulan lalu. Mula-mula aku dalam dilema samada hendak menyewakan atau menjual sahaja unit berkenaan. Harga pasaran memang menarik. Setelah ditimbang-timbang, akhirnya aku buat keputusan untuk menyewakan.

Maha Suci Allah yang mengaturkan, telah ada penyewa yang bersetuju untuk menetap di unit ini untuk tempoh setahun. Semua deposit yang berkaitan telah dibayar. Tanggungjawab aku untuk menyiapkan unit secepat mungkin.

Hmm ... kalau semuanya lancar tiada cabaran la kan. Dalam waktu yang singkat ini, ada beberapa perkara yang tidak selesai lagi. Aku meletakkan sasaran tidak lebih 10 hari untuk menyiapkan unit ini. Saja ingin berkongsi atau yang lebih tepat merekodkan perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam sebelum kunci diserahkan kepada penyewa:

Apa 'checklist' untuk menyewakan unit / rumah anda:

1) Semak latar belakang penyew, sekiranya melalui agen, lebih baik anda juga bertemu dengan penyewa
2) Pastikan anda tahu fi agen, sekiranya diaturkan oleh agen
3) Kira terlebih dahulu kadar sewa paling rendah yang boleh anda tawarkan (mudah untuk 'close deal')
4) Lebih mudah sekiranya penyewa juga mempunyai bajet, jadi anda lengkapkan unit mengikut bajet penyewa
5) Kenalpasti keperluan penyewa samada 'semi-furnished' atau 'fully-furnished'
6) Buat bajet anda untuk lampu (termasuk kipas), langsir dan peralatan bilik air serta kos pemasangan
7) Semak senarai 'defects' dan bila pihak kontraktor boleh menyiapkan unit
8) Pastikan tiada masalah 'wiring' atau lubang air yang tersumbat
9) Bersihkan unit anda sebelum serahan kunci
10) Baca perjanjian sewa secara keseluruhan dan ketahui hak anda sebagai tuan rumah

'Progress' sehingga hari ini:
- masalah 'wiring' di unit, walaupun lampu sudah dipasang tapi tidak dapat berfungsi
  Action: telah menghubungi kontraktor, tetapi respon lambat
- masalah pemasangan langsir, langsir sudah siap dijahit. slot pemasangan paling awal pada hari Sabtu (terlalu lewat)
  Action: perlu dapatkan pertolongan orang lain untuk pemasangan
- sasaran serah kunci pada hari Jumaat, tinggal 3 hari lagi.

Ya Allah, permudahkan urusan hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Ameen.


Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

2 ulasan:

  1. AFM Ejenhartanah19 April 2012 5:36 PTG

    As salam Cik Sa'adah,
    tak lantik agent ke? Cik Sa'adah kan mengajar kami as agent ni.. ada masalah boleh bagitau kami, mana tahu boleh kami tolong.. dah lama ikut blog ni, tapi segan nak cakap dalam kelas...hehe.. by da way, nice blog... ;)

    BalasPadam
  2. wa'alaikumsalam
    tq sudi baca blog.

    hmm ... saya dah sewakan unit tu. insya Allah boleh saya rujuk pada u all nnt bila ada peluang.

    wasalam.

    BalasPadam