Pages - Menu

Sabtu, 21 April 2012

Berniaga


"9/10 daripada rezeki adalah daripada perniagaan."

Anak saudaraku yang berumur 10 tahun rupanya ada bakat berniaga. Macam mana ceritanya? Kakaknya yang baru tamat SPM mengisi masa lapang membuat 'customized' tag (seperti gambar) dan hari pertama adiknya berjaya mengambil pesanan 5 keping tag dengan harga RM0.50 sekeping.

Dalam bergurau, kami bertanya adik, "Ceritalah macam mana Aiman jual tu ..." Dia malu-malu tersenyum dan mendiamkan diri saja. Puas kami pujuk tapi dia tidak menceritakan apa-apa.

Berniaga boleh dididik dari kecil. Semoga dia dapat melihat dan belajar berniaga itu sebahagian besar punca rezeki.

Semasa aku pulang, ada lebih daripada 150 tag yang telah dipesan.


Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Sabtu, 7 April 2012

Away to Siem Reap

Tomorrow, I'll have an early day at LCCT for a trip to Siem Reap.
Till then. More entries on the trip later :)

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Isnin, 2 April 2012

Studio unit untuk disewa

Ini bukan entri iklan. Sekadar hendak mencatat pengalaman ringkas menyiapkan sebuah studio unit untuk disewa.

Oasis Ara Damansara - Serviced suites siap sepenuhnya lebih kurang dua bulan lalu. Mula-mula aku dalam dilema samada hendak menyewakan atau menjual sahaja unit berkenaan. Harga pasaran memang menarik. Setelah ditimbang-timbang, akhirnya aku buat keputusan untuk menyewakan.

Maha Suci Allah yang mengaturkan, telah ada penyewa yang bersetuju untuk menetap di unit ini untuk tempoh setahun. Semua deposit yang berkaitan telah dibayar. Tanggungjawab aku untuk menyiapkan unit secepat mungkin.

Hmm ... kalau semuanya lancar tiada cabaran la kan. Dalam waktu yang singkat ini, ada beberapa perkara yang tidak selesai lagi. Aku meletakkan sasaran tidak lebih 10 hari untuk menyiapkan unit ini. Saja ingin berkongsi atau yang lebih tepat merekodkan perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam sebelum kunci diserahkan kepada penyewa:

Apa 'checklist' untuk menyewakan unit / rumah anda:

1) Semak latar belakang penyew, sekiranya melalui agen, lebih baik anda juga bertemu dengan penyewa
2) Pastikan anda tahu fi agen, sekiranya diaturkan oleh agen
3) Kira terlebih dahulu kadar sewa paling rendah yang boleh anda tawarkan (mudah untuk 'close deal')
4) Lebih mudah sekiranya penyewa juga mempunyai bajet, jadi anda lengkapkan unit mengikut bajet penyewa
5) Kenalpasti keperluan penyewa samada 'semi-furnished' atau 'fully-furnished'
6) Buat bajet anda untuk lampu (termasuk kipas), langsir dan peralatan bilik air serta kos pemasangan
7) Semak senarai 'defects' dan bila pihak kontraktor boleh menyiapkan unit
8) Pastikan tiada masalah 'wiring' atau lubang air yang tersumbat
9) Bersihkan unit anda sebelum serahan kunci
10) Baca perjanjian sewa secara keseluruhan dan ketahui hak anda sebagai tuan rumah

'Progress' sehingga hari ini:
- masalah 'wiring' di unit, walaupun lampu sudah dipasang tapi tidak dapat berfungsi
  Action: telah menghubungi kontraktor, tetapi respon lambat
- masalah pemasangan langsir, langsir sudah siap dijahit. slot pemasangan paling awal pada hari Sabtu (terlalu lewat)
  Action: perlu dapatkan pertolongan orang lain untuk pemasangan
- sasaran serah kunci pada hari Jumaat, tinggal 3 hari lagi.

Ya Allah, permudahkan urusan hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Ameen.


Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!