Pages - Menu

Isnin, 19 Mac 2012

Menulis 2000 perkataan

Berapa mukasurat hasil daripada 2000 perkataan?
Berapa poin atau isi penting untuk menghasilkan 2000 perkataan?
Berapa banyak maklumat yang perlu dikumpul untuk 2000 perkataan?
Dimanakah sumber maklumat untuk menghasilkan artikel tentang tajuk yang dipilih?
Berapa lama tempoh untuk menghasilkan artikel?
Bolehkah saya siapkan artikel tersebut dalam tempoh yang ditetapkan?
Bolehkah saya menulis dengan baik?

Inilah persoalan saya dan mungkin juga persoalan rakan-rakan diluar sana yang ingin menulis sebuah artikel. Ia berlaku apabila bos saya meminta saya menyiapkan sebuah artikel untuk sebuah majalah yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Majalah ini berkonsepkan pelaburan. Tajuk yang diberi berkaitan pelaburan unit amanah Islam.

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Saya menguatkan diri menerima cabaran ini. Apa yang saya lakukan? Saya telah menggunakan beberapa tips yang dikongsikan Aqif  dan apa yang pernah saya pelajari setahun lalu dalam Kursus Penulis Super. Untuk menulis, perlulah membaca.

1) Senaraikan isi kandungan artikel yang perlu dihasilkan. Gunakan 'mindmap' jika perlu (ia berkesan).
2) Pecahkan 2000 perkataan kepada 100 perkataan untuk setiap isi. Dengan kata lain, saya perlukan sekurang-kurangnya 20 poin.
3) Rujuk 'keyword' pada tajuk artikel dan cari bahan tentang kata kunci berkenaan.
4) Susun idea untuk penyampaian artikel.
5) Bayangkan anda sebagai pembaca.
6) Minta rakan membaca artikel anda.
7) Hanya ambil poin sahaja dalam sumber maklumat anda untuk mengelakkan plagiat yang tidak disengajakan.
9) Apabila anda rasa tidak mampu menghasilkan sehingga 2000 perkataan, walaupun anda telah menulis sehingga 1500, tetap teruskan.
10) Akhirnya, sebuah artikel siap untuk dihantar ke penerbitan dalam tempoh yang ditetapkan.

Hasil: 2017 perkataan
Mukasurat: 9 mukasurat, Times News Roman 12 berselang dua baris
Satu perenggan: Purata 50-60 perkataan
Sumber: Internet dan laman web kerajaan
Tempoh: 5 hari (4 jam sehari)

Walaupun tempoh yang diambil agak lama, saya berjaya menghasilkannya. Yang paling utama saya menetapkan bahawa saya akan menulis artikel ini dengan baik dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Alhamdulilah. Kini saya perlu mencari cabaran menulis lagi, Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan