Pages - Menu

Rabu, 7 Mac 2012

Kata-kata yang lebih pedas daripada maki

Maaf. Saya menggunakan perkataan maki dalam tajuk blog. Sejujurnya, saya tidak suka bercakap dengan kata-kata yang kasar dan berbentuk makian. Dan tentunya saya juga tidak suka mendengar makian.

Kasar dan nampak bodoh orang yang suka bermaki. Rupanya kata-kata makian memang menyakitkan hati untuk didengar dan sangat sukar diterima, tetapi apakah perkataan yang lebih pedas daripada itu?

Anda hendak tahu? Yang lebih pedas ialah kata-kata yang tepat dan jelas sehingga sangat sukar untuk orang yang mendengarnya menidakkan penyataan yang benar.

Saya masih belajar. Untuk memberi teguran dengan hikmah. Tetapi dalam beberapa keadaan, menyampaikan sesuatu dengan tepat dan jelas adalah yang sebaik-baiknya supaya mesej itu sampai walaupun ia menyakitkan.

Macam ubat yang pahit. Bersesuaian dengan penyakit, Insya Allah sembuh.

Bagaimana respon orang yang ditegur? Terima dengan baik atau maki? Kalau anda dipihak yang benar, dan merasa perlu membela diri, jelaskan kedudukan anda dengan tepat juga.

Sekiranya anda memaki, beginikah akhlak yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. ?

Saya bukanlah orang yang baik tetapi berusaha untuk jadi baik. Marilah muhasabah diri masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan