Pages - Menu

Rabu, 25 Januari 2012

Sunnah Nabi Muhammad ketika Musafir

Fattabioni adalah siri yang menarik. Dalam siri ini, pengacara berkongsi Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mudah dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Salah satu siri yang disiarkan dalam TV Alhijrah minggu lalu menceritakan Adab dan Sunat dalam Bermusafir.

Antaranya ialah:

1) Nabi keluar musafir pada hari Khamis, baginda tidak suka keluar pada hari Jumaat kerana dikhuatiri tertinggal Solat Jumaat.

2) Menggalakkan perjalanan waktu malam kerana ia memendekkan tempoh musafir.

3) Sunat solat 2 rakaat sebelum musafir.

4) Bertakbir bila tempat tinggi seperti menaiki kapal terbang atau menaiki bukit.

5) Bertasbih bila menurun dari tempat tinggi seperti mendarat (kapal terbang) atau menuruni bukit.

6) Nabi selalu bawa beg kecil untuk meletakkan keperluan seperti siwak (berus gigi), sikat, celak, cermin dan kayu wangi.

7) Apabila keluar, baca Bismillah dan memohon pada Allah untuk menjaga ahli keluarga yang ditinggalkan.

8) Sunat memohon orang yang bermusafir untuk mendoakan kita.

9) Apabila pulang, bawalah hadiah untuk keluarga atau sahabat.

10) Apabila sampai di perkampungan atau tempat baru, berdoalah memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah s.w.t

11) Sunat berjalan dengan teman yang dipercayai.

12) Sekiranya bermusafir lebih dari dua orang, lantiklah seorang ketua untuk menguruskan perjalanan.

13) Bermusafirlah dengan tujuan yang baik.

Boleh tonton video ini yang menerangkan tentang Sunat Nabi, sama-samalah beramal :)



Jana Wang dari Rumah, cubalah Idea ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan