Pages - Menu

Rabu, 11 Januari 2012

DARUL QURAN

Tahniah untuk anak saudaraku yang baru tamat SPM tahun lalu dan diterima masuk ke Darul Quran. Pendaftaran tahun ini dibuat pada 4 Januari 2012 lalu dan 139 orang pelajar telah mendaftar. Akhirnya dia membuat keputusan yang tepat untuk memasuki Darul Quran dan Insya Allah akan menamatkan pengajian selama 18 bulan. Semoga dia berjaya dan sentiasa sabar dan kuat untuk meneruskan perjuangan ini. Alangkah indahnya diberi peluang oleh Allah sebegini dan dia akan menjadi 'pencen hidup' untuk kedua ibu bapanya. Begitu juga dengan orang disekelilingnya. Alhamdulilah.

Rupanya niat sangat penting. Kakak bercerita, memang pernah berniat supaya ada yang dapat belajar Tahfiz. Sungguh istimewa doa ibu. Walaupun, anak saudaraku ini pelajar sekolah Sains, tetapi dia terpilih untuk belajar Al-Quran. Aku hanya memberi dorongan dan sokongan. Sesungguhnya, dalam Al-Quran ada pelbagai cabang ilmu dan Islam sangat memerlukan profesional yang berpegang pada iman dan Al-Quran. Semoga dia menjadi penerang dan Allah sentiasa menjaga hati dan akalnya untuk berbakti kepada Ummah.

Ya Allah, sekiranya suatu hari nanti engkau memberikan aku rezeki, maka berilah peluang kepada anak-anakku untuk belajar Al-Quran dengan baik dan cemerlang.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan