Pages - Menu

Rabu, 25 Januari 2012

Sunnah Nabi Muhammad ketika Musafir

Fattabioni adalah siri yang menarik. Dalam siri ini, pengacara berkongsi Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mudah dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Salah satu siri yang disiarkan dalam TV Alhijrah minggu lalu menceritakan Adab dan Sunat dalam Bermusafir.

Antaranya ialah:

1) Nabi keluar musafir pada hari Khamis, baginda tidak suka keluar pada hari Jumaat kerana dikhuatiri tertinggal Solat Jumaat.

2) Menggalakkan perjalanan waktu malam kerana ia memendekkan tempoh musafir.

3) Sunat solat 2 rakaat sebelum musafir.

4) Bertakbir bila tempat tinggi seperti menaiki kapal terbang atau menaiki bukit.

5) Bertasbih bila menurun dari tempat tinggi seperti mendarat (kapal terbang) atau menuruni bukit.

6) Nabi selalu bawa beg kecil untuk meletakkan keperluan seperti siwak (berus gigi), sikat, celak, cermin dan kayu wangi.

7) Apabila keluar, baca Bismillah dan memohon pada Allah untuk menjaga ahli keluarga yang ditinggalkan.

8) Sunat memohon orang yang bermusafir untuk mendoakan kita.

9) Apabila pulang, bawalah hadiah untuk keluarga atau sahabat.

10) Apabila sampai di perkampungan atau tempat baru, berdoalah memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah s.w.t

11) Sunat berjalan dengan teman yang dipercayai.

12) Sekiranya bermusafir lebih dari dua orang, lantiklah seorang ketua untuk menguruskan perjalanan.

13) Bermusafirlah dengan tujuan yang baik.

Boleh tonton video ini yang menerangkan tentang Sunat Nabi, sama-samalah beramal :)



Jana Wang dari Rumah, cubalah Idea ini!

Sabtu, 14 Januari 2012

20 Things I am Grateful for in My Life

Terbaca satu 'posting' di blog rakan. Sangat menarik. Anda perlu menyenaraikan 20 perkara yang terbaik dalam hidup anda disarankan oleh Adam Khoo dalam bukunya Winning the Game of Life:

1) Ibu bapa yang sihat dan aku berpeluang berjumpa dan merujuk kepada mereka dan bertanya khabar
2) Tamat pengajian
3) Mempunyai pendapatan
4) Sihat dan boleh menikmati makanan
5) Ahli keluarga yang sentiasa ada untuk membantu sekiranya diperlukan
6) Nikmat anggota badan dan akal fikiran yang baik
7) Masa lapang
8) Mampu membeli buku dan membaca buku
9) Tidak kesempitan wang
10) Mendapat tidur yang cukup
11) Nikmat sebagai seorang Islam
12) Mampu bersyukur dan diberi peluang untuk bernafas sehingga kini
13) Tempat tinggal yang baik
14) Pakaian yang bagus
15) Tiada tekanan yang melampau
16) Mampu mengawal emosi dengan baik
17) Tidak terjebak dalam masalah dan orang yang bermasalah
18) Mempunyai cita-cita dan matlamat
19) Pernah belajar bahasa Arab dan boleh membaca Al-Quran
20) Peluang melihat dan melancong ke negara luar

Sekiranya anda membaca blog post ini, tuliskan '20 things I am grateful in My life'

Rabu, 11 Januari 2012

DARUL QURAN

Tahniah untuk anak saudaraku yang baru tamat SPM tahun lalu dan diterima masuk ke Darul Quran. Pendaftaran tahun ini dibuat pada 4 Januari 2012 lalu dan 139 orang pelajar telah mendaftar. Akhirnya dia membuat keputusan yang tepat untuk memasuki Darul Quran dan Insya Allah akan menamatkan pengajian selama 18 bulan. Semoga dia berjaya dan sentiasa sabar dan kuat untuk meneruskan perjuangan ini. Alangkah indahnya diberi peluang oleh Allah sebegini dan dia akan menjadi 'pencen hidup' untuk kedua ibu bapanya. Begitu juga dengan orang disekelilingnya. Alhamdulilah.

Rupanya niat sangat penting. Kakak bercerita, memang pernah berniat supaya ada yang dapat belajar Tahfiz. Sungguh istimewa doa ibu. Walaupun, anak saudaraku ini pelajar sekolah Sains, tetapi dia terpilih untuk belajar Al-Quran. Aku hanya memberi dorongan dan sokongan. Sesungguhnya, dalam Al-Quran ada pelbagai cabang ilmu dan Islam sangat memerlukan profesional yang berpegang pada iman dan Al-Quran. Semoga dia menjadi penerang dan Allah sentiasa menjaga hati dan akalnya untuk berbakti kepada Ummah.

Ya Allah, sekiranya suatu hari nanti engkau memberikan aku rezeki, maka berilah peluang kepada anak-anakku untuk belajar Al-Quran dengan baik dan cemerlang.

Amin.

Isnin, 9 Januari 2012

Tak Dapat

Apabila kita mengharapkan sesuatu tetapi akhirnya kecewa ... apa yang akan kita lakukan?

Tahun 2011 telah berakhir. Walaupun aku mengharapkan berjaya mencapai sasaran bagi dua bulan terakhir, nampaknya usaha itu tidak mencukupi untuk melayakkan kami mendapat sebuah IPad2.

Muhasabah diri: Mungkin ini adalah suatu pengajaran dan ia lebih baik daripada perkara lain. Cuma tentulah lebih istimewa sekiranya mendapat hadiah percuma bukan.

Usaha dengan lebih gigih lagi tahun 2012 untuk pencapaian terbaik.

Tak dapat barang yang diidamkan bukanlah tanda kegagalan. Sekiranya kita berlumba dengan orang lain, kita akan kecewa dan hasilnya bukan berdasarkan kemahuan memajukan diri. Kemajuan bermaksud menjadi lebih baik daripada pencapaian diri sendiri. Itulah tanda kejayaan.

IMHO: Letakkan sasaran 2012 untuk memaju kejayaan pada tahun ini.