Pages - Menu

Selasa, 20 Disember 2011

Khatam Al-Quran

SPM dah tamat. Sabtu lalu, kakak buat kenduri untuk Khatam Al-Quran anaknya yang bongsu, Alia, 12 tahun. Sudah tamat UPSR dan sedang menghabiskan hari-hari terakhir sebelum menyambung pelajaran di peringkat menengah. Dah besar anak-anak saudara aku ye.

Majlis Khatam Al-Quran dibuat selepas Maghrib dengan bacaan Surah-surah terakhir dalam Juzuk 30. Aku teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Aku tamat mengaji Al-Quran semasa umur 10 tahun kiranya. Ayahanda yang mengajar. Tetapi Majlis Khatam dibuat beberapa tahun selepas itu semasa perkahwinan kakakku.

Sebenarnya, ia adalah suatu pencapaian yang perlu diraikan sebagai tanda aras pentingnya belajar membaca Al-Quran dengan baik. Semoga menjadi peringatan dan selanjutnya menjadi amalan sepanjang hidup.

Berapa kali boleh khatam Al-Quran dalam masa setahun? Sekiranya Al-Quran dibaca setiap hari satu mukasurat, ia boleh ditamatkan hampir dua tahun. Satu mukasurat setiap kali selepas solat, ambil masa 120 hari atau 4 bulan sahaja.

Al-Quran sebagai mukjizat sangat mengagumkan. Jadi semestinya bagi yang telah lancar hendaklah tidak meninggalkan Al-Quran dalam tempoh lama kerana setiap bacaan seolah Allah berkata-kata dengan hamba-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan