Pages - Menu

Rabu, 14 Disember 2011

Keji vs Puji

Rasa sakit hati bila dapat tahu ada orang mengeji dan menghina di belakang kita. Cepat-cepat istighfar. Terbaca pula RT@aagym Bila ada yang menghina, jangan dihiraukan kerana dia telah mempamerkan kehinaan dirinya sendiri. Sebenarnya apalah siapalah kita untuk merasa sakit hati?

Tapi sebab hati manusia itu sungguh lemah, mudah saja resah walaupun hinaan itu datang daripada orang yang tiada kepentingan. Bila ingat-ingat balik, mungkin dulu masa zaman naif (read nakal), aku pun pernah buat macam tu.

Jadi aku buat keputusan memaafkan kenaifan budak itu. Semoga suatu hari nanti apa yang pernah aku beritahu dia akan memberi manfaat dan mengingatkan dia jalan yang benar.

Keji mendatangkan rasa sakit hati, marah dan dendam sekiranya tidak dapat dikawal. Puji pula mendatangkan rasa bahagia dan tenang, suka dan gembira bila dipuji kena pada tempatnya. Tapi pujian yang melambung akan merosakkan dan mendatangkan riak. Itu lebih bahaya.

Bila dikeji, renunglah semula diri mungkin ada kesilapan dan kelemahan sendiri. Bila dipuji, pulangkan semua kepada Allah, supaya diri sentiasa bersyukur kepada Maha Pencipta.

"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat mazmumah, berilah ketenangan dalam menghadapi kerenah manusia yang pelbagai. Ameen"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan