Pages - Menu

Khamis, 29 Disember 2011

Hari-hari Akhir 2011

Trafik kurang sesak, ramai yang bercuti, ada juga yang tidak lagi sibuk di hari-hari akhir tahun. Ini fenomena biasa. Cuti sekolah, ibu bapa juga ambil peluang untuk membawa anak-anak berjalan-jalan. Bulan ini sahaja, kakak-kakak aku yang tinggal di Johor, datang ke Kuala Lumpur bersama keluarga.

Tapi bagi aku, hari-hari akhir di hujung tahun lebih sibuk dari biasa. Bukan apa, kadang-kadang dalam waktu yang hujung ini,, segala macam isu atau masalah timbul. Aku berharap sangat esok berjalan dengan lancar dan akhir tahun 2011 memberi keputusan yang baik.

Bulan ini juga merupakan bulan terakhir untuk seorang staf aku dan seorang lagi rakan di As-Salihin. Kedua-duanya adalah orang penting dalam tugas aku. Staf aku berhenti kerana akan mengikut suami ke Madinah dan seorang rakan lagi mengikut suami di utara tanahair dan berkhidmat di sana. Terasa kehilangan. Tetapi kedua-dua mereka membawa harapan dan tujuan yang murni untuk keluarga mereka.

Meskipun esok merupakan hari terakhir rakan ini, beliau masih lagi bersemangat dan sentiasa memberi dorongan untuk kami. Semoga persahabatan ini berterusan dan suatu hari nanti kita akan bertemu dalam situasi yang lebih baik.

*Untuk Mrs I dan Mrs F, saya doakan kamu berjaya dalam urusan kamu ye! Terima kasih kerana menjadi sahabat saya.

2 ulasan:

  1. Mmm... Smalam stuck 2 hours sbb org2 yang sibuk nk tgk eksiden yang dah dialihkan... Hangin jer... Eh.... Esok jadik ke?

    BalasPadam
  2. hehe .. dah jadi dah pun :)
    org malaysia ini sungguh prihatin.

    BalasPadam