Pages - Menu

Khamis, 10 November 2011

Tegas vs Marah

Hari yang panas. Cuaca sekarang tak menentu. Tapi tu semua aturan Maha Pencipta. Semalam aku berjaya menyiapkan satu tugasan dengan pelanggan dan mereka sangat berpuas hati dan gembira. Hari ini misi untuk bertemu pelanggan diteruskan. Aku sudah berurusan lebih 6 bulan dengan pelanggan ini. Ada satu isu di kalangan pekerja. Sebahagian mereka tidak mahu memberikan kerjasama.

Biasa kita dengar 'Customers always right'. Sebenarnya tidak. Kadangkala pelanggan tidak tahu apa yang patut mereka buat. Secara tidak langsung bagaimana mereka tahu yang mereka benar. Tugas kita sebagai pembekal atau penyedia perkhidmatan untuk menjelaskan dengan baik supaya pelanggan mendapat nilai atas pembelian mereka.

Berbalik pada kisah aku berjumpa pelanggan petang tadi. Aku memberikan penjelasan kepada setiap permohonan yang mempunyai isu dengan baik dan bertanyakan soalan yang relevan. Tapi kerana sikap sombong dan perasan bagus, seorang kakitangan meninggikan suara sebelum sempat aku menerangkan prosedur yang betul.

Siapakah yang rugi? Aku adalah rugi sikit, tapi dialah yang lebih rugi lagi kerana terlalu sombong seolah akan diberi kesihatan berpanjangan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan