Pages - Menu

Khamis, 24 November 2011

Menang vs Kalah

Hari ini ada mesyuarat dengan klien lagi. Aku tak pernah berjumpa dengan pengurus baru ini. Pada mesyuarat lalu, boss dan rakan sekerja lain yang berjumpa mereka (pengurus dan pengerusi) sebab aku bercuti ke Mabul. Petang tadi aku dapat bertemu dengan pengurus baru itu.

Aku bermula dengan sikap positif walaupun kami tak pernah berjumpa. Tapi malangnya, aku rasa bukan aku yang malang, dia yang rugi kerana menunjukkan sikap sombong. Aku tak pasti apa yang berlaku pada beliau. Setahu aku beliau baru sahaja menjadi pengurus di situ, tak sampai sebulan. Pada pendapat aku, tidak salah kalau menunjukkan sikap mesra dan ramah yang sederhana agar lebih mudah untuk berkerjasama selepas ini.

Sebagai peringatan untuk aku juga. Sebanyak mana ilmu dan kepakaran kita, ia hanyalah sekelumit sahaja ilmu Allah jua. Maka orang lain akan melengkapkan pengetahuan kita. Hendaklah sentiasa terbuka untuk belajar sesuatu yang baru dan menerima hakikat kita tidak mengetahui semua perkara dalam dunia ini.

Eh, apa kaitan dengan tajuk entri ini? Aku terbaca post Dr Zubaidi di laman Facebook tentang ini.
Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”.
Hendak tahu keseluruhan entri, baca di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan