Pages - Menu

Jumaat, 4 November 2011

Mabul Island Retreat - Part 5

Part 1 - Perjalanan bermula
Part 2 - Snorkeling
Part 3 - Perkampungan Mabul dan Water Chalet
Part 4 - Bot Nelayan dan Kapalai

Lebih kurang satu jam setengah berada di Kapalai, kamu pulang ke chalet. Hujan sudah reda, tapi rintik-rintik masih ada. Cuaca mendung. Masa untuk makan tengahari. Dan bersedia untuk aktiviti petang pula iaitu Discovery Scuba Diving.

Kredit gambar oleh Yuna :) Nice pic
Dua orang rakan, Yuna dan Tako telah mempunyai lesen Scuba Diving. Aku pula ingin mencuba pengalaman Scuba Diving. Kami dibawa ke lokasi Paradise 2. Lima orang sahaja yang menyertai, aku, Kak Zalilah, Kak Yah, Shada dan Up. Dive Master yang membawa kami pula ialah Eddie.

Perasaan agak berbelah bagi, tapi diteruskan juga. Kami memakai pakaian diving, sut khas untuk menahan haba apabila berada dibawah nanti. Tong udara dan mask disediakan oleh pembantu di situ. Yuna dan Tako perlu menyediakan peralatan mereka sendiri. Sebenarnya tong udara itu diisikan dengan udara biasa sahaja. Kami berlatih pernafasan sebentar. Kemudian bersedia ke lokasi.

Apabila telah lengkap dengan ves dan dipasangkan di bahagian belakang, aku ditolak ke dalam air. Phewww .... gelabah sikit. Kemudian berlatih untuk turun ke dasar. Tidak terlalu dalam. Perasaan takut tetap ada kerana pertama kali mencuba. Aku fokus dalam hati dan minda bahawa ada penyelia yang membantu dan tidak panik sama sekali. Berdebar-debar.

Akhirnya, aku dibawa turun melihat keindahan alam lautan dengan lebih dekat. Subhanallah. Sebuah dunia yang sangat berbeza. Allah jadikan untuk manusia itu berfikir. Setelah beberapa ketika penyelia membawa aku naik. Alhamdulilah, diberikan Allah kesempatan ini dan bernafas kembali seperti sediakala melihat dunia luar :) Aku telah turun kepada kedalaman 7m selama lebih 20 minit.

Nantikan gambar-gambar underwater dalam entri seterusnya :)

BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan