Pages - Menu

Khamis, 3 November 2011

Mabul Island Retreat - Part 4

Part 1
Part 2
Part 3

Masih lagi bercerita tentang Mabul Island. Minggu lepas aku pergi lagi ke Sabah, kali ini ke Kota Kinabalu. Aku akan cerita dalam entri akan datang ye.

Percutian ke Mabul Island memang menyeronokkan. Aku mencuba sesuatu yang baru di sini. Seorang rakan memasukkan gambar beliau ketika membuat aktiviti 'scuba diving'. Dan rakan itulah yang mengajak aku untuk percutian ke Mabul.

Mabul - Sipadan - Kapalai merupakan rangkaian pulau pilihan penggemar aktiviti 'scuba diving'. Mereka yang mempunyai lesen Scuba Diving boleh melakukan aktiviti scuba di sini. Aku pula tidak mempunyai lesen dan belum ada perancangan untuk berbuat demikian. Tapi teringin untuk mencuba dahulu. Walaupun tidak mempunyai lesen, aku berpeluang mencuba aktiviti scuba diving yang juga dikenali sebagai 'Mock Scuba Diving' atau 'Discovery Scuba Diving.

Hari kedua. Kami memulakan aktiviti snorkeling. Team Scubajeff (penyedia water chalet) membawa kami ke destinasi pertama pagi itu. Kapalai. Teruja. Bersemangat. Kapalai dibina diatas batu karang. 'Water chalet' yang indah dan lengkap dengan fasiliti asas dibangunkan supaya pengunjung dapat menikmati keindahan batu karang dan ikan-ikan comel dibawahnya.


Perjalanan ke sana agak mencabar. Cuaca pagi itu mendung. Selang beberapa minit perjalanan, hujan sangat lebat. Kami pula dibawa menaiki bot nelayan. Bot itu besar dan boleh memuatkan kami berlapan dan lima lagi orang pembantu yang akan menemankan kami semasa aktiviti snorkeling. Laut bergelora. Sampai ditengah, pemandangan agak terbatas dan pengemudi bot hampir-hampir tidak nampak arah ke Kapalai. Walaubagaimanapun, nasib kami baik akhirnya sampai juga di Kapalai. Hujan reda. Kami turun untuk snorkeling.

Segala puji bagi Allah. Aku seolah melihat akuarium yang sangat besar dan luas. Tiada tandingannya. Ikan-ikan kecil dan comel berwarna-warni melepasi pandangan. Ada yang berwarna kuning dan biru terang. Berbelang-belang dan pelbagai lagi warna dan corak yang menarik. Tapi aku agak gusar, takut-takut kaki terkena batu karang yang dihampiri.

Sungguh indah ciptaan Allah. Supaya manusia melihat kejadian makhluk ini dan berfikir. Semoga menjadi orang yang beriman dan bertakwa. Manusia adalah makhluk Allah yang sangat bertuah dikurniakan akal dan berupaya melakukan aktiviti seperti ini untuk mengenali makhluk Allah lainnya.

BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan