Pages - Menu

Sabtu, 26 November 2011

Erti Hijrah

Alhamdulilah. Tahun 1432H akan berakhir. Semoga semua yang berlaku samada baik atau sebaliknya adalah ujian Allah dan rahmat daripadanya.

Apa erti Hijrah? Suatu perpindahan, peralihan. Kejadian Hijrah memberi simbolik dan makna yang mendalam kepada orang Islam seluruhnya. Ia suatu kejadian besar. Apa yang kita boleh pelajari daripada peristiwa Hijrah?

Sebenarnya erti Hijrah boleh dimaknakan kepada perubahan yang paling kecil sekalipun sehinggalah kepada peristiwa besar. Apakah perubahan yang akan kita buat bagi tahun yang mendatang? Diberi peluang untuk meneruskan kehidupan juga suatu Rahmat Allah yang amat besar. Bagaimana kita menjadi orang yang bersyukur dan menggunakan nikmat yang diberikan olehnya untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Nikmat sihat dan lapang adalah suatu nikmat yang sangat besar.

Mulakan dengan perubahan kecil tetapi ikhlas. Lebih mudah untuk istiqamah (konsisten). Bagi aku, aku akan fokus untuk memperbaiki diri ini. Sentiasa bersikap terbuka untuk belajar ilmu yang baru. Dan jangan bertangguh lagi untuk melaksanakan perkara yang baik. Insya Allah.

Senaraikan azam secara jelas, semoga Allah permudahkan perjalanan ke arah mencapai kesempurnaan.

p/s: Lepas kelas pagi ini, aku akan pulang ke kampung untuk sama-sama menyambut Ma'al Hijrah 1433H.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan