Pages - Menu

Selasa, 22 November 2011

Bila nak mula menulis?

Dalam hati berkobar-kobar hendak menghasilkan sebuah buku dalam masa terdekat. Aku tulis blog ini bermula dengan niat hendak membiasakan diri menulis. Alhamdulilah sudah melebihi 100 entri dalam blog ini. Walaupun, isi kandungan bercampur-campur. Tapi aku teruskan juga. Kerana ia adalah blog peribadi. Boleh juga dijadikan jurnal. Jurnal penulisan.

Hampir dua bulan lepas aku telah memulakan aktiviti mengajar. Bila pula hendak memulakan aktiviti menulis secara serius? Sebenarnya, aku sudah menghantar satu kertas cadangan kepada penerbit. Walaubagaimanapun, bab contoh belum dapat disiapkan.

Prof Dr Muhaya kata, tingkatkan kemahuan maka motivasi akan meningkat. Apakah yang mendorong aku untuk menghasilkan buku? Aku bercita-cita supaya ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan oleh orang lain pula, paling tidak dapat menambahkan ilmu di dada. Ia suatu cabaran.

Bermula sekarang dengan Visi dan Misi sebagai penulis sepertimana yang dikongsikan oleh Aqif Azizan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan