Pages - Menu

Isnin, 24 Oktober 2011

Yakin pada Allah

Selepas semalaman berehat sekembali dari Mabul Island, aku berjumpa dengan klien lama. Insya Allah mereka akan pergi menunaikan Haji beberapa hari lagi. Mereka ahli perniagaan yang berjaya. Sudah lebih 20 tahun sebagai kontraktor, beliau tidak lokek berkongsi cerita.

Setelah selesai urusan kami, beliau berkongsi cerita tentang karenah dalam dunia perniagaan. Politik dan ekonomi berkait rapat tetapi sesiapa yang menguasai ekonomi dialah yang akan menguasai politik walaupun tidak kelihatan secara langsung. Dalam kata-kata tu. Aku terkesan dengan pesanan beliau, kalau nak Melayu maju, Islamkan Melayu.

Selama ini, segala usaha beliau bertawakal kepada Allah, dibuat dengan bersungguh-sungguh. Walaupun telah dikurniakan Allah kesenangan, tapi beliau tetap merendah diri berkongsi dan dengan senang hati berkata "Kalau suatu hari Allah ambil semua ini, saya tak takut, kerana ia milik Allah, bukan milik saya. Yang penting kita kena yakin apa yang kita buat, jikalau betul, tak perlu takut."

Begitulah sifat hartawan Muslim yang mengagumkan. Semoga Allah memudahkan perjalanan mereka berdua ke tanah suci dan dikurniakan Haji yang mabrur. Insya Allah.

IMHO: Ya Allah, berilah aku peluang mengerjakan ibadat Haji ini suatu hari nanti sewaktu aku sihat dan mampu. Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan