Pages - Menu

Selasa, 25 Oktober 2011

Mabul Island Retreat - Part 3

Part 1
Part 2

Mabul Island sangat istimewa. Syukur dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Syukur diberi peluang untuk menikmati pemandangan dan merasai pengalaman berbeza. Tenang dan aman. Ia adalah lokasi pelancongan dan terkenal di kalangan peminat 'scuba diving' dan 'snorkeling'. Ramai pelancong datang dari dalam dan luar negara. Di Scuba Jeff sahaja, hampir setiap minggu akan ada kumpulan yang bercuti di sini. Banyak lagi resort di sekitar Mabul Island seperti Uncle Chang, Sipadan.com dan lain-lain.

Itu tentang cerita pelancong seperti kami, bercuti dari kesibukan kerja dan datang untuk mencuba sesuatu yang baru (macam aku, nanti aku akan cerita apa sesuatu yang baru tu). Tetapi di sini ada perkampungan tersendiri, mereka yang jauh dari dunia luar, membina rumah di atas lautan. Ada juga yang hanya tinggal dalam bot di tengah lautan. Kehidupan yang ringkas.




Mereka ada keluarga, tapi tiada peluang seperti kita. Aku kira mereka bahagia begitu. Tetap ada senyuman. Kalau kami teruja melihat kehidupan mereka, mereka tentu teruja setiap kali melihat pelancong yang datang ke sana. Bila dibandingkan situasi yang berbeza ini, rasa bertuah kerana diberi peluang belajar, mencari ilmu, bekerja dan kadangkala boleh bercuti sebegini.







IMHO: Lihatlah kehidupan orang yang lebih susah, supaya kita bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan