Pages - Menu

Ahad, 23 Oktober 2011

Mabul Island Retreat - Part 1

Cepatnya masa berlalu. Lapan bulan lepas aku menempah tiket penerbangan ke Tawau tanpa berfikir panjang bila dipelawa oleh seorang rakan untuk ke Mabul Island. Satu penantian yang berbaloi. Aku pergi dengan kumpulan 10 orang sahaja. Semua kenalan baru selain seorang rakan tadi. Bulan lepas 'snorkeling' yang tak seberapa di Pulau Pangkor. Namun pengalaman di Mabul Island menggantikan kekecewaan di Pangkor.

Retreat kali ini semua kena tanggung sendiri daripada pengangkutan, penginapan dan makan. Aku rumuskan secara ringkas di sini sebelum menceritakan lebih lanjut apa aktiviti yang kami buat di sana:

Tempoh: 4 hari 3 malam
Penerbangan: Air Asia
Kumpulan: 10 orang
Kos: RM1,100 (tiket, kos pengangkutan, penginapan, makan aktiviti dan souvenir)
(Alhamdulilah, tidak melebihi bajet yang ditetapkan :)
Dari KL - Tawau - Semporna - Mabul Island - Semporna - Kg Indrasabah - Tawau - KL



Penerbangan mengambil masa 2 jam 45 minit dari KL ke Tawau. Kami sampai jam 1015 dan dijemput Abang Udin dan Amir. Mereka menghantar kami terus ke Jeti Umum Semporna untuk perjalanan seterusnya dengan bot ke Mabul Island. An telah menempah penginapan di salah sebuah resort. Aku bayangkan chalet di pantai rupanya kami akan menginap di rumah atas air!


Bajau laut, dari beranda rumah atas air!
Kami dijamu makan tengahari, lauk yang ringkas sahaja. Kemudian bersiap untuk 'snorkeling' di lokasi pertama.


- Bersambung


2 ulasan:

  1. hehe ... best! rasa macam nak pergi lagi je ... recommended place to visit

    BalasPadam