Pages - Menu

Selasa, 25 Oktober 2011

Mabul Island Retreat - Part 3

Part 1
Part 2

Mabul Island sangat istimewa. Syukur dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Syukur diberi peluang untuk menikmati pemandangan dan merasai pengalaman berbeza. Tenang dan aman. Ia adalah lokasi pelancongan dan terkenal di kalangan peminat 'scuba diving' dan 'snorkeling'. Ramai pelancong datang dari dalam dan luar negara. Di Scuba Jeff sahaja, hampir setiap minggu akan ada kumpulan yang bercuti di sini. Banyak lagi resort di sekitar Mabul Island seperti Uncle Chang, Sipadan.com dan lain-lain.

Itu tentang cerita pelancong seperti kami, bercuti dari kesibukan kerja dan datang untuk mencuba sesuatu yang baru (macam aku, nanti aku akan cerita apa sesuatu yang baru tu). Tetapi di sini ada perkampungan tersendiri, mereka yang jauh dari dunia luar, membina rumah di atas lautan. Ada juga yang hanya tinggal dalam bot di tengah lautan. Kehidupan yang ringkas.




Mereka ada keluarga, tapi tiada peluang seperti kita. Aku kira mereka bahagia begitu. Tetap ada senyuman. Kalau kami teruja melihat kehidupan mereka, mereka tentu teruja setiap kali melihat pelancong yang datang ke sana. Bila dibandingkan situasi yang berbeza ini, rasa bertuah kerana diberi peluang belajar, mencari ilmu, bekerja dan kadangkala boleh bercuti sebegini.







IMHO: Lihatlah kehidupan orang yang lebih susah, supaya kita bersyukur.

Isnin, 24 Oktober 2011

Mabul Island Retreat - Part 2

Part 1

Pemandangan yang menakjubkan. Segala puji bagi Allah yang menjadikan keindahan untuk dinikmati.

On the way to Mabul Island
Rumah atas laut
Kanak-kanak bajau laut menyusuri pinggir pantai
Perjalanan dengan bot dari Jeti Semporna mengambil masa 45 minit. Selepas makan tengahari yang ringkas, kami bersedia untuk 'snorkeling'. Aktiviti yang dinantikan. Aku teringat pengalaman pertamaku snorkeling di Pulau Sibu. Masa tu, kami diberikan mask dan cuba bernafas menggunakan mask. Bukan suatu yang menyeronokkan kerana aku rasa mabuk seketika dan pening. Pemandangan pasir laut halus seolah berada di dunia lain.

Tetapi kali ini berbeza. Perasaan takut sedikit-sedikit tetap ada, tetapi excited. Kami dibawa ke lokasi pertama. Agak mudah, aku beranikan diri di samping rakan-rakan lain. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Seolah melihat aquarium yang sangat besar dan menakjubkan. Aku berhati-hati agar kaki tidak tersentuh batu-batu karang di sekitar tempat kami snorkeling. Air yang jernih dan ikan-ikan yang comel dan berwarna-warni kelihatan didasar. Anggaran kedalaman 2m-3m sahaja.

Dive Master, Eddie berkongsi fakta Mabul Island. Mabul lokasi ikan-ikan mikro. Ia tidak sama dengan Pulau Perhentian atau Tioman. Perhentian terkenal dengan ikan bersaiz lebih besar, manakala Tioman dengan keindahan batu karang.

Sea bed from the hole

Bunga dan rumpai laut

Mencari rezeki di lautan

- Bersambung


Yakin pada Allah

Selepas semalaman berehat sekembali dari Mabul Island, aku berjumpa dengan klien lama. Insya Allah mereka akan pergi menunaikan Haji beberapa hari lagi. Mereka ahli perniagaan yang berjaya. Sudah lebih 20 tahun sebagai kontraktor, beliau tidak lokek berkongsi cerita.

Setelah selesai urusan kami, beliau berkongsi cerita tentang karenah dalam dunia perniagaan. Politik dan ekonomi berkait rapat tetapi sesiapa yang menguasai ekonomi dialah yang akan menguasai politik walaupun tidak kelihatan secara langsung. Dalam kata-kata tu. Aku terkesan dengan pesanan beliau, kalau nak Melayu maju, Islamkan Melayu.

Selama ini, segala usaha beliau bertawakal kepada Allah, dibuat dengan bersungguh-sungguh. Walaupun telah dikurniakan Allah kesenangan, tapi beliau tetap merendah diri berkongsi dan dengan senang hati berkata "Kalau suatu hari Allah ambil semua ini, saya tak takut, kerana ia milik Allah, bukan milik saya. Yang penting kita kena yakin apa yang kita buat, jikalau betul, tak perlu takut."

Begitulah sifat hartawan Muslim yang mengagumkan. Semoga Allah memudahkan perjalanan mereka berdua ke tanah suci dan dikurniakan Haji yang mabrur. Insya Allah.

IMHO: Ya Allah, berilah aku peluang mengerjakan ibadat Haji ini suatu hari nanti sewaktu aku sihat dan mampu. Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui.

Ahad, 23 Oktober 2011

Mabul Island Retreat - Part 1

Cepatnya masa berlalu. Lapan bulan lepas aku menempah tiket penerbangan ke Tawau tanpa berfikir panjang bila dipelawa oleh seorang rakan untuk ke Mabul Island. Satu penantian yang berbaloi. Aku pergi dengan kumpulan 10 orang sahaja. Semua kenalan baru selain seorang rakan tadi. Bulan lepas 'snorkeling' yang tak seberapa di Pulau Pangkor. Namun pengalaman di Mabul Island menggantikan kekecewaan di Pangkor.

Retreat kali ini semua kena tanggung sendiri daripada pengangkutan, penginapan dan makan. Aku rumuskan secara ringkas di sini sebelum menceritakan lebih lanjut apa aktiviti yang kami buat di sana:

Tempoh: 4 hari 3 malam
Penerbangan: Air Asia
Kumpulan: 10 orang
Kos: RM1,100 (tiket, kos pengangkutan, penginapan, makan aktiviti dan souvenir)
(Alhamdulilah, tidak melebihi bajet yang ditetapkan :)
Dari KL - Tawau - Semporna - Mabul Island - Semporna - Kg Indrasabah - Tawau - KL



Penerbangan mengambil masa 2 jam 45 minit dari KL ke Tawau. Kami sampai jam 1015 dan dijemput Abang Udin dan Amir. Mereka menghantar kami terus ke Jeti Umum Semporna untuk perjalanan seterusnya dengan bot ke Mabul Island. An telah menempah penginapan di salah sebuah resort. Aku bayangkan chalet di pantai rupanya kami akan menginap di rumah atas air!


Bajau laut, dari beranda rumah atas air!
Kami dijamu makan tengahari, lauk yang ringkas sahaja. Kemudian bersiap untuk 'snorkeling' di lokasi pertama.


- Bersambung


Ahad, 16 Oktober 2011

The Marriage Bureau for Rich People



Who is Farahad Zama? What's this title all about? Catchy rite .. I bought this novel in Big Bad Wolf Sales which I really grateful I went there, eventhough the venue is quite far. But it is actually convenient due to the expected crowd to this biggest book sale ever.

The author is an Indian and this is his debut novel. To tell the truth, I did not notice that the author is a male Muslim. I just thought, this might worth my reading. Skimming through the pages, I really glad I pick up this book. Witty, simple yet give the readers overview on arranged marriage that have been practiced in Indian community. He also includes wisdom and values of Islam in this novel. Not only that, he actually highlights some of the most important thing in running a business! 

As if I am reading novel cum business book.. will write overall review later when I am done reading :)





Khamis, 13 Oktober 2011

Tentang orang Johor

Ramai rakan Facebook berasal dari Johor berkongsi petikan sajak Allahyarham Usman Awang tentang Melayu Johor. Tersenyum sendiri ... istimewanya orang Johor ni.

Beliau menggambarkan begini:
"Kurang ajarnya tetap santun
lembutnya cukup jantan
dajalnya masih selamba
nakalnya bersulam jenaka
menikam dengan pantun
manyanggah dalam senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak"

Aku pun tak ketinggalan klik 'share' di dinding Facebook :)

Rabu, 12 Oktober 2011

Big Bad Wolf Sales 7-16 Oct 2011

Books win over others on my wish list. It's a sale like no other for book lovers. Big Bad Wolf Sales in town. Located in MAEPS, Mardi. The sale still on.






These titles are mine :) I have novels, self-help and cook-book. I bought one for my best friend too.



I can sleep well tonight and smile. I love this feeling.

Ahad, 9 Oktober 2011

Hormat dan Tanggungjawab

Hujung minggu ini dapat berehat di kampung. Pada mulanya aku tidak merancang untuk pulang. Tetapi rasa sudah lebih sebulan tidak balik kampung. Akhirnya, aku dan adik balik selepas pulang dari pejabat. Kebiasaannya aku akan pulang pada siang hari, lebih selesa begitu. Memandangkan cuti agak terhad, aku kuatkan juga pulang malam itu. Alhamdulilah perjalanan lancar walaupun hujan sedikit. Udara luar memang sejuk. Abang sudah sampai Maghrib kerana mereka bertolak selepas Solat Jumaat. Kami sampai jam 11 malam.

Kebetulan sepupu aku mengadakan Majlis Akikah untuk cucu lelakinya, cucu kedua dalam keluarga mereka. Secara tidak langsung, aku jadi nenek saudara ... haha. Tahniah buat mereka yang mendapat cahayamata penyeri rumah tangga.

Ayahandaku bersiap awal pagi itu rupanya hendak menguruskan pengambilan kambing akikah untuk mereka. Yang aku kesalkan, tiada seorang pun daripada ahli keluarga tersebut yang menemankan Ayahanda untuk menyelesaikan urusan ini. Pada pandangan aku, sebagai orang muda kita perlu tahu adab dan hormat pada yang lebih tua. Aku faham banyak kerja yang perlu dibuat oleh tuan rumah. Tapi menguruskan akikah ini juga penting. Sepatutnya, mereka perlu belajar tentang selok-belok ini dengan orang yang lebih tua. Caranya mudah sahaja, ikut mereka dan lihat bagaimana caranya. Ya Allah, jauhkan aku dari sifat Mazmumah ini dan semoga aku tidak akan memperbuat begini pada orang lain.

Sebelum berkemas untuk pulang siang tadi, aku keluar sebentar. Di simpang keluar, kelihatan sepasang anak dan bapa sedang membuang sampah dari lorinya di tepi jalan. Aku menegur si anak. Si anak yang terpinga-pinga memanggil ayahnya. Berkali-kali aku mengatakan tidak boleh buang sampah disitu. Tetapi dengan selamba beliau menjawab, orang lain buang sampah di sini. Tanpa menghiraukan teguran aku dia terus membuang sampah di tepi jalan. Bagaimana seorang bapa menjadi model kepada anaknya? Dengan sikap tidak bertanggungjawab ini? Tidak hairanlah jikalau suatu hari nanti si anak tidak menghiraukan teguran bapa dan menjadi anak yang tidak bertanggungjawab. Pada masa itu, usahlah marahkan si anak lagi kerana peribahasa telah menyebutkan 'Bapa borek, anak rintik'. Masya Allah.

IMHO: Sikap hormat dan tanggungjawab itu boleh dilihat dalam perkara yang paling kecil sekalipun.