Pages - Menu

Isnin, 26 September 2011

Damai Laut, Lumut Perak Malaysia

Aku dapat peluang kali kedua untuk bercuti di Swiss Garden Resort Damai Laut, Lumut Perak. Dua tahun lalu aku pergi ke sana dalam kumpulan melebihi 150 orang ditaja oleh ETIQA Takaful Berhad. Kali ini dalam kumpulan lebih kecil iaitu kurang 50 orang. Juga ditaja oleh syarikat broker yang aku sertai. Seronok. Dapat bercuti sambil berkenalan dengan rakan berbangsa Cina dan India. Lebih kurang tema 1 Malaysia.


Perjalanan bermula pada hari Jumaat dengan menaiki bas. Aku sangat teruja dengan perkongsian oleh pemandu pelancong kami. Sebenarnya banyak maklumat sejarah dan geografi yang dikongsikan oleh Uncle. Teserlah kesungguhan dan kegembiraan beliau apabila berkongsi maklumat yang penting dengan kami. Pengalaman membawa pelancong luar negara memberi kelebihan pada beliau. Apa yang menarik:

Tentang jalan;

  • Jalan Persekutuan dilabelkan dengan no. Boleh rujuk sini. Aku sempat merakamkan gambar KM0 di No 18 Jalan Sitiawan - Lumut. Ia bermula di hadapan Pejabat Pos di pekan Lumut. Apabila membawa pelancong, Uncle akan menyebut jalan dengan merujuk kepada no kerana ia mudah diingat oleh pelancong berbanding menggunakan nama jalan yang mungkin akan mengelirukan mereka.
  • Batu 0 di Kuala Lumpur dikatakan bermula dari tapak Pejabat Pos lama, kemudian dikenali sebagai Batu Road. Kini nama Batu Road telah ditukar kepada Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasi tapak Pejabat Pos lama berhampiran Dataran Merdeka.
  • Manakala Lebuhraya ditandakan dengan E1 dan seterusnya. Semua jalan bertanda E adalah berbayar tol. Terdapat tiga jalan yang telah ditamatkan tol iaitu Jalan Kuching, Jalan Pahang dan Plaza Tol Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Cheras-Petaling Jaya).
Nama tempat:
  • Kuala Sepetang dulu dikenali sebagai Port Weld. Ia adalah sebuah Hutan Bakau yang paling terurus didunia kerana orang Perancis pada waktu itu mengenalpasti kepentingan pokok bakau. Mereka membuat sistem penanaman semula pokok bakau yang ditebang. Pokok bakau menghasilkan arang yang baik dan digunakan sebagai sumber tenaga termasuk untuk memanaskan air yang mengeluarkan wap untuk menggerakkan keretapi stim.
  • Pulau Pangkor. Perkataan ini berasal daripada bahasa Thailand. Iaitu sukukata Koh yang bermaksud Pulau seperti dalam nama 'Koh Sa Mui' atau 'Koh Phi Phi'.
Lumut sebuah pekan penghubung ke Pulau Pangkor. Ada jeti yang dibina dan diuruskan oleh kerajaan negeri untuk penumpang yang ingin pergi dan balik dari Pulau Pangkor.


Hari pertama ringkas sahaja dengan BBQ Dinner di Restoran Gayam dalam Swiss Garden. Alhamdulilah dapat menikmati BBQ berbanding percutian dua tahun lalu ;). Hari kedua bermula dengan sesi ringkas oleh Mr Lim, CEO syarikat dan selepas itu Explorace dengan kumpulan yang diagihkan. Petang Sabtu, aku berpeluang mengikuti trip Island hopping.

Satu pengalaman yang menarik. Aku turun juga sebentar, tapi air tidak sejernih mana. Nampak kelibat ikan 'nemo' ke sana ke mari sahaja.

Subhanallah. Bentuk kepala ular.


Annual Dinner dengan tema Celebrity Nite.
Cinderella, Snow White, Little Red Riding Hood, Captain, Michael Jackson, Emperor

Aku dapat 'Lucky Draw' berjumlah RM400. Hadiah utama dimenangi Snow White iaitu sebuah basikal bernilai RM1400.

Hari ketiga kami pergi ke pekan Lumut dan membeli-belah hasil laut untuk dibawa pulang. Ikan Masin Kurau terbaik, masih segar. Sangat sedap untuk masak lemak nenas cili api. Pulang jam 2 petang dan sampai di Kuala Lumpur jam 6 petang.

Akhirnya dapat berehat malam semalam sambil menonton Masterchef US.

Trip seterusnya: Mabul Island, Tawau & Kota Kinabalu.

2 ulasan: