Pages - Menu

Isnin, 26 September 2011

Damai Laut, Lumut Perak Malaysia

Aku dapat peluang kali kedua untuk bercuti di Swiss Garden Resort Damai Laut, Lumut Perak. Dua tahun lalu aku pergi ke sana dalam kumpulan melebihi 150 orang ditaja oleh ETIQA Takaful Berhad. Kali ini dalam kumpulan lebih kecil iaitu kurang 50 orang. Juga ditaja oleh syarikat broker yang aku sertai. Seronok. Dapat bercuti sambil berkenalan dengan rakan berbangsa Cina dan India. Lebih kurang tema 1 Malaysia.


Perjalanan bermula pada hari Jumaat dengan menaiki bas. Aku sangat teruja dengan perkongsian oleh pemandu pelancong kami. Sebenarnya banyak maklumat sejarah dan geografi yang dikongsikan oleh Uncle. Teserlah kesungguhan dan kegembiraan beliau apabila berkongsi maklumat yang penting dengan kami. Pengalaman membawa pelancong luar negara memberi kelebihan pada beliau. Apa yang menarik:

Tentang jalan;

  • Jalan Persekutuan dilabelkan dengan no. Boleh rujuk sini. Aku sempat merakamkan gambar KM0 di No 18 Jalan Sitiawan - Lumut. Ia bermula di hadapan Pejabat Pos di pekan Lumut. Apabila membawa pelancong, Uncle akan menyebut jalan dengan merujuk kepada no kerana ia mudah diingat oleh pelancong berbanding menggunakan nama jalan yang mungkin akan mengelirukan mereka.
  • Batu 0 di Kuala Lumpur dikatakan bermula dari tapak Pejabat Pos lama, kemudian dikenali sebagai Batu Road. Kini nama Batu Road telah ditukar kepada Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasi tapak Pejabat Pos lama berhampiran Dataran Merdeka.
  • Manakala Lebuhraya ditandakan dengan E1 dan seterusnya. Semua jalan bertanda E adalah berbayar tol. Terdapat tiga jalan yang telah ditamatkan tol iaitu Jalan Kuching, Jalan Pahang dan Plaza Tol Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Cheras-Petaling Jaya).
Nama tempat:
  • Kuala Sepetang dulu dikenali sebagai Port Weld. Ia adalah sebuah Hutan Bakau yang paling terurus didunia kerana orang Perancis pada waktu itu mengenalpasti kepentingan pokok bakau. Mereka membuat sistem penanaman semula pokok bakau yang ditebang. Pokok bakau menghasilkan arang yang baik dan digunakan sebagai sumber tenaga termasuk untuk memanaskan air yang mengeluarkan wap untuk menggerakkan keretapi stim.
  • Pulau Pangkor. Perkataan ini berasal daripada bahasa Thailand. Iaitu sukukata Koh yang bermaksud Pulau seperti dalam nama 'Koh Sa Mui' atau 'Koh Phi Phi'.
Lumut sebuah pekan penghubung ke Pulau Pangkor. Ada jeti yang dibina dan diuruskan oleh kerajaan negeri untuk penumpang yang ingin pergi dan balik dari Pulau Pangkor.


Hari pertama ringkas sahaja dengan BBQ Dinner di Restoran Gayam dalam Swiss Garden. Alhamdulilah dapat menikmati BBQ berbanding percutian dua tahun lalu ;). Hari kedua bermula dengan sesi ringkas oleh Mr Lim, CEO syarikat dan selepas itu Explorace dengan kumpulan yang diagihkan. Petang Sabtu, aku berpeluang mengikuti trip Island hopping.

Satu pengalaman yang menarik. Aku turun juga sebentar, tapi air tidak sejernih mana. Nampak kelibat ikan 'nemo' ke sana ke mari sahaja.

Subhanallah. Bentuk kepala ular.


Annual Dinner dengan tema Celebrity Nite.
Cinderella, Snow White, Little Red Riding Hood, Captain, Michael Jackson, Emperor

Aku dapat 'Lucky Draw' berjumlah RM400. Hadiah utama dimenangi Snow White iaitu sebuah basikal bernilai RM1400.

Hari ketiga kami pergi ke pekan Lumut dan membeli-belah hasil laut untuk dibawa pulang. Ikan Masin Kurau terbaik, masih segar. Sangat sedap untuk masak lemak nenas cili api. Pulang jam 2 petang dan sampai di Kuala Lumpur jam 6 petang.

Akhirnya dapat berehat malam semalam sambil menonton Masterchef US.

Trip seterusnya: Mabul Island, Tawau & Kota Kinabalu.

Isnin, 19 September 2011

Hati yang penting (iluvislam.com)

Allah anugerahkan akal untuk berfikir, tapi hati paling penting. Maka peliharalah hati supaya akal menjadi manfaat kepada kita!

Ahad, 18 September 2011

Juadah Raya

Di sana sini ada jemputan berhari raya. Siang tadi aku sempat juga beraya di rumah klien. Bila dia jemput kita majlis-majlis macam ini, rasa kembang hati pun ada. Maknanya, kita ini dah jadi sebahagian 'circle of influence'. Lagi pula, salah seorang klien aku ini baru saja menyambut kehadiran anak keduanya, Lily Serena. Sangat comel :)

Rumah pertama, laksa Johor terbaik. Tuan rumah yang masak sendiri. Auntie ni memang pandai masak. Kek, biskut, bak kata yang simple pun sedap. Dalam perbualan beliau sambil berseloroh, "You kena try laksa Johor ni, I masak sendiri." "Memang sedapla."seorang kenalannya memuji. "Orang Johor memang pandai masak." sempat juga dia 'angkat bakul' sendiri. Tapi memang terbaik. Sebelum balik, aku sempat menjamah brownies seketul, itu pun terbaik.

"Facebook you baik-baik je kan" amboi .. malunya aku ditegur Uncle. Aku tersengih je, segan tak tau nak kata apa. Rasa nak menyorok pun ada jugak. Nampaknya memang kena pantau apa yang aku 'post' di 'wall' FB. Dalam hujan renyai-renyai, kami menuju ke kereta dan bergerak ke destinasi seterusnya.







Tuan rumah kedua juga klien aku, dalam 15 minit kami sampai. Dia orang Kedah, makanya Laksa Utara yang dihidangkan. Tapi aku tahan-tahan kan. Kali ini aku ambil 'steamed black pepper chicken', dimsum dan kuih-kuih melayu. Kuih Koci terbaik kat sini.



Terima kasih Ina, temankan aku pergi beraya. Kami sampai ke Shah Alam lebih kurang pukul 2.00 petang. Dapatla aku berehat-rehat sebentar sebelum memulakan operasi persediaan juadah esok pula. Pot luck untuk pejabat. Tahun ini sama macam tahun lepas aku diminta masak soto. Orang Johor la katakan. Masak soto senang je. Nasi himpit aku dah rebus pagi tadi. Tambah lagi 20 biji.

Raya-raya juga, puasa 6 tak habis lagi. Insya Allah aku cuba habiskan juga, cuma tinggal dua hari lagi.


Khamis, 15 September 2011

"Kenapa kena jumpa? Perlu ke?"

Isnin di Hulu Selangor dan Selasa di Sabak Bernam. Dua hari berturut-turut memang penat. Sudahnya, malam tadi aku tidur lebih awal dari biasa. Rabu bermula di pejabat seperti biasa setelah dua hari memulakan tugas seawal jam 7 pagi. Walaupun aku ni 'morning person' tapi memang aku kena cukup tidur paling kurang 6 jam.

Cerita tentang kerja. Dalam melaksanakan tugas, seboleh-bolehnya kita hendak ikhlas dan bersikap jujur. Kekadang pihak satu lagi memberi tanggapan berbeza. Kita pula terkadang mula berprasangka. Sejak mula mendapat panggilan daripada seseorang ini, aku dapat merasakan dia ada 'ulterior motive'. Tapi, sebolehnya aku ketepikan dan cuba membantu sebaik mungkin.

Selepas beberapa hari berhubung dengan beliau, akhirnya dia menjelaskan kedudukan sebenar. Aku rasa tidak salah berterus terang dan menggunakan komunikasi yang baik. Tidak perlu berselindung. Aku memang tidak gemar orang yang sebegini. Sebagai peringatan kepada diri sendiri, agar tidak berprasangka buruk pada orang lain. Apa yang berlaku, sangkaan negatif tu memang ada asasnya walaupun tidak tepat keseluruhannya.

"Kenapa kena jumpa? Perlu ke?"
"Saya rasa perlu, lebih mudah untuk kita melaksanakan tugas lepas ini dan berhubung"
"Lagipun, u kan customer. Nanti kata kami tak bagi perkhidmatan pula"

Sebagai pelanggan, sekiranya kita perlukan perkhidmatan yang baik, perlulah berikan penjelasan tentang perkara yang kita perlukan. Supaya mudah untuk penjual atau konsultan membantu anda. Tentu lebih mudah dan menjimatkan masa.

IMHO: Be professional. You will have a better result.

Rabu, 7 September 2011

New vs Old

Past few days were pretty slow for me. Nevertheless, we had programs lined up for next week. That means, its going to be full swing until end of month. I am scheduled for weekend trip to Perak in two weeks. Final week of September, we'll have a promotion booth in one of multinational companies in Cyberjaya.

A little intro ... whilst the week started slow, at last I decided to replace my specs. I have been dreading and delaying it for sooo long ... (how long?). Its time to get the new one. So, it feels different now. Not only I got a new specs, I also traded-in the old ones. This is first time I do this. Have you ever heard of such promotion before?

It just specs. But suddenly rasa sayang pulak to trade-in. Since, I have paid all so there's no turning back. Huhu ... it'll do good. Save the environment! (Apa kena mengena plak) Save the storage la ... whatever.

One good thing, I got new look :) Another good thing, my so-called 'power kerabunan jauh' telah menurun sedikit berbanding sebelum ini. Thank you Allah for this nikmat. 

Hmm... thinking of having Lasik treatment pula lepas ni :)

IMHO: New thing in your life will bring difference, but old thing will remain in your remembrance. Always for the positive & good effect. Insya Allah.

Berakhirnya Ramadhan, Bermula Syawal

Cuti seminggu menyambut Syawal di kampung. Dah sembilan hari Ramadhan berlalu. Seperti tahun-tahun yang lalu, aku balik ke Johor Bahru untuk meraikan Aidilfitri. Sebelum pulang aku ada beberapa azam untuk melakukan perubahan. Alhamdulilah, walaupun tidak semua tercapai tetapi ada yang dapat dilaksanakan. Ya Allah, berilah peluang untuk bertemu Ramadhan akan datang dan meraikan bersama ibu bapa tersayang.

Meriah Syawal, ada cerita gembira ada cerita duka. Malam Jumaat, 4 Syawal, seorang saudara terdekat pulang ke Rahmatullah, awal pagi Jumaat seorang ibu muda menyambut kelahiran cahayamata pertamanya. Kiranya aku dah jadi nenek :) Nenek muda la ini. Satu mendapat takziah, satu lagi mendapat tahniah.

Sempat juga bertemu sahabat baikku, Dr Yati & Ummu Fatimah. Seronok bercerita, walaupun pertemuan ringkas, tetapi berharga sambil berkongsi cerita dan cita-cita.

Semua dapat berkumpul di Hari Raya. Memang kecoh kalau dah 15 orang anak-anak saudara, mana tak penuh rumah mak. Keluarga kami memang besar, maka banyak la kerenahnya, adat la tu kan. Tiga orang akan mengambil SPM dan dua orang mengambil UPSR. Sempat juga aku berkongsi tips menyelesaikan masalah matematik UPSR. Teringat kata-kata Asyraf "Hmm... boleh eh cik macam ni? Cik engineer ke? Boleh cari jawapan ikut cara ni?" "Hehe... bukanla. Cik akauntan" Boleh lagi la menjawab soalan UPSR. (I'm smarter than 5th grader).


Si comel Hannah memang menggeramkan. Sebab dia yang paling kecil (1 tahun 1 bulan). Aku suka buli dia. Bukan buli macam mana ... saja nak alihkan perhatian dari mamanya tu. Pantang jauh sikit, menangis macam ada switch on / off. Bila pulang balik pada mamanya, terus switch off. Lepas lima hari di kampung, barulah hendak bermain mesra dengan abang Asyraf dan sepupu yang lain.

Trafik balik ke kampung sebelum Syawal juga tidak sesak. Apabila pulang juga tidak sesak. Aku yang mengamalkan 'pemanduan berhemah' ni dapat sampai ke destinasi dalam tempoh biasa. Rasa lega tidak perlu menghadapi kesesakan melampau. Pengalaman tahun lalu, kebiasaannya aku akan mengambil masa lebih 6 jam untuk perjalanan JB - KL. Terima kasih kepada pihak polis trafik dan PLUS yang memantau trafik di Aidilfitri tahun ini.

Itulah sedikit kisah di Aidilfitri. Seperti catatan Ustaz Pahrol, Kembalilah kepada Fitrah. Semoga dengan berakhirnya Ramadhan, kita akan terus bermujahadah dengan kebiasaan di bulan mulia itu dan membawa kepada bulan Syawal dan seterusnya. Semoga bersama kita menjadi orang yang cemerlang dunia dan akhirat. Insya Allah.