Pages - Menu

Jumaat, 5 Ogos 2011

4 Ramadhan 1432H - Trafik

Ini cerita semalam. Aku ada mesyuarat di KL bermula 1030pagi. Rancangan asal ada pertemuan dengan klien di KL Sentral, tapi saat akhir dibatalkan. Akhirnya aku lepak sahaja di pejabat sehingga mesyuarat kedua bermula di sebelah petang.

Sesi pagi membincangkan proses penjualan yang berkesan. Aku seorang sahaja yang Muslim di dalam kumpulan itu. Tetapi terima kasih kerana mereka semua menghormati bulan ini. Aku memang tak faham kalau ada orang Islam yang buat-buat lupa tanggungjawab berpuasa sedangkan orang Islam lebih 'aware' lagi.

Julian kongsi idea tentang Dream Book. Sangat mudah hendak mulakan Dream Book, tetapi selalu bertangguh. Kenapa hendak bertangguh merealisasikan impian sendiri?

Sesi petang diisikan dengan penerangan produk. En Nazrin dari ING Public Takaful Ehsan tidak membosankan. Sesi kedua Tokio Marine Asia Life agak bosan. Lagipun dah pukul 1630. Tak fokus lagi.

Keluar dari pejabat 1800 dan pastinya Lebuhraya Persekutuan sudah sesak. Ambil masa sejam dari Jln Kg Attap ke Shah Alam. Merungut pun tak guna, aku layan IKIM FM dan ada slot tentang BUKU. Menarik. Buku yang dibincangkan ialah Ramadhan Terakhir oleh Hisham AR diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Aku akan ceritakan berkenaan temubual ini di entri lain.


Alhamdulilah, sampai juga sebelum Maghrib untuk berbuka.


IMHO: Entah kenapa, rasa kurang tertekan dalam kesesakan di bulan Ramadhan. Itulah istimewanya Ramadhan. Bagusnya kalau dapat 'maintain control stress' macam ni.

2 ulasan:

  1. Owh...we hear the same channel at the same time & in the same situation (traffic jammed). Memang tak terasa stress and tak terasa lama stucked in jammed bila betul2 tumpukan perhatian pada siaran radio tu... menenagkan hati... :-)

    BalasPadam
  2. hmm... great :) sambil berangan2 cerita tentang buku yang belum siap lagi.

    BalasPadam