Pages - Menu

Sabtu, 20 Ogos 2011

20 Ramadhan 1432H - Syukur

20 hari berlalu. Alhamdulilah, dapat bertemu Ramadhan kali ini. Adakah aku akan bertemu Ramadhan lagi? Semoga Allah memberi kesempatan ini.

Setiap kali bernafas, sebenarnya itulah detik masa dan kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk kita berusaha dalam amalan, seolah menanam benih dikebun, di mana hasilnya dituai di akhirat. Sebab itu kita dikehendaki bersyukur.

Selalu kita cemburu dengan pencapaian orang lain
Yang miskin melihat yang kaya katanya kenapa aku susah?
Yang lemah melihat yang kuat katanya kenapa aku tidak bermaya?
Yang gagal melihat yang berjaya katanya kenapa aku tidak berupaya?
Yang sedih melihat yang gembira katanya kenapa aku begini?

Allah tidak akan membebankan hambanya, melainkan dia mampu menanggung bebanan itu. Apabila kita terlupa bersyukur, lihatlah ke bawah, supaya kita nampak apa yang Allah berikan kepada kita. Setiap daripada kita mempunyai kelebihan. Daripada kita bersikap iri hati dan dengki dengan pencapaian orang lain, lebih baik kita usaha menggunakan kelebihan diri untuk mencapai apa yang kita impikan.

Dengan Allah yang Maha Kaya dan Maha Pengasih
Yang miskin akan jadi kaya
Yang lemah akan jadi kuat
Yang gagal akan berjaya
Yang sedih akan gembira
Apabila engkau memperolehi itu
Hendaklah bersyukur
Kerana bersyukur mendidik hati agar tidak takbur

2 ulasan:

  1. semoga di bulan yg barakah ni, hati kita dapat dibersihkan dengan amal jariah xde lagi iri hati semua kan2.. =]

    BalasPadam
  2. betul tu fiq, kadang kita lupa jadi sahabat yg baik akan mengingatkan

    BalasPadam