Pages - Menu

Isnin, 15 Ogos 2011

15 Ramadhan 1432H - Muhasabah Ramadhan

adakah hari-hari yang lalu diisi dengan kebaikan
adakah aku ambil peluang untuk meningkatkan mujahadah di bulan Ramadhan
adakah amalku diterima Allah
yang penting usahalah sebaik mungkin hingga ke akhirnya
semoga didikan Ramadhan menjadikan kita insan yang lebih baik
pada hari-hari seterusnya

sayangnya
orang yang tidak nampak keindahan Ramadhan
seolah kebiasaan
seolah sifat mazmumah beraja di dalam diri dan hatinya
jelas membuat onar dan tidak amanah
tapi takut dengan bayang-bayang sendiri
malangnya dialah yang menjadi pemimpin

wahai pengikut
tidak nampakkah
tidak dengarkah
tidak melihatkah
kenapa mesti menjadi pengikut buta tuli

takkan senang orang yang seperti ini
menipu sana menipu sini
Ya Allah jauhkan aku dari orang yang zalim dan tidak amanah
Amin

2 ulasan:

  1. Kadang-kadang tak paham, caner orang boleh buat dosa terang-terangan di bulan Ramadhan ni...

    BalasPadam
  2. dah terbiasa, membarah dalam diri... rasa perit je telinga dengar orang mcm ni bercakap

    BalasPadam