Pages - Menu

Selasa, 5 Julai 2011

Snippets - Penang 2-3 Julai 2011

Perjalanan kali ini memang 'ad-hoc' a.k.a tiada dalam perancangan tahun 2011. Walaupun percutian yang pendek tapi menyeronokkan. Misi utama ialah menikmati keenakan durian di sebuah dusun milik kenalan kami. Kali ini saya memilih menggunakan kemudahan bas untuk pergi ke Pulau Pinang. Sepatutnya kami perlu berada di sana jam 1.30 petang, tapi kami terlewat kerana bas hanya bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi. Apa yang menarik:

1. Bahulu kemboja di hentian R&R Sg Perak. Rasanya sedang elok dan tidak terlalu manis, bahagian luar masak rata dan sangatlah sedap. Di gerai itu, ada dijual sambal ikan bilis, tapi harganya agak mahal iaitu RM8 untuk satu bekas empat segi kecil. Tidak berbaloi. Tapi bahulu kemboja ini memang berbaloi.


2. Kami singgah di dusun durian, Telok Kumbar. Pemilik dusun ini telah mengusahakan tanaman durian, rambutan, manggis dan pelbagai pokok buah-buahan tempatan lebih dari 40 tahun. Beliau ada menyebut beberapa jenis durian seperti D24 dan udang merah. Baru-baru ini seorang chef daripada Taiwan juga pernah datang untuk mencuba durian tempatan. Saya hanya makan beberapa ulas durian sahaja, walaupun datang dari jauh (KL kira jauh la kan, tak sejauh Taiwan).







3. Rakan-rakan berbangsa Cina makan malam di Restoran Seafood. Tapi kami dibawa oleh Kak Norliah dan suami (Abang Khalid) ke sebuah Restoran baru iaitu Hometown Cafe, depan Masjid Teluk Bahang. Hidangan istimewanya ialah ikan bakar. Tapi makanan laut yang lain seperti sotong dan ketam ada musim di Batu Feringgi. Katanya, nak makan seafood yang banyak pilihan ada di Telok Tempoyak. Malam tu selepas 'walkathon' dekat Night Market Batu Feringgi, singgah lagi makan Special Char Kway Teow dekat Sany Char Kway Teow. Abang Khalid & Kak Norliah bawa juga kami merasa kway teow jam 1.30pg. Share je sepinggan, kata pun merasa ... BEST!

4. Sepanjang 'walkathon' di Night Market, macam-macam barang yang dijual terutamanya cenderahati. Yang menarik perhatian saya 'key chain' aneka sup & bubur, lampu hiasan, cermin muka dan aksesori. Berjaya untuk tak beli apa-apa. Lagipun shopping bukan dalam itenary kali ni.Ramai juga pelancong dari Timur. Ada Restoran Tarbush, Thai and The Ship berskala besar. Hotel memang banyak, cuma malam tu tak sesak sangat cos ramai turun untuk event lain.


5. Pagi Ahad, memilih untuk ke Penang Hill walaupun hujan renyai-renyai. Antara yang terawal sampai jam 9 pagi. Teruja untuk mencuba perjalanan ke Bukit Bendera dengan tren baru. Sebelum ini pernah mencuba pengalaman dengan kemudahan lama. Perjalanan dengan tren lama 30 minit vs 10 minit tren baru.

6. Kali ini ada yang istimewa dan Bukit Bendera meriah daripada biasa. Penang Hill Run, ramai peserta sudah tamat larian basah kuyup kerana hujan dari pagi lagi. Sempat juga singgah makan di gerai. Peniaga pasti tersenyum walaupun penat kerana rezeki yang luarbiasa hari itu. Sarapan kami Mi Maggi Goreng (share jugak :) dengan teh tarik & nescafe. Rupanya itulah brunch sebab kemudian kami berlarian nak naik keretapi balik ke Kuala Lumpur.



7. Turun ke bawah, Pekan Air Itam pekan tradisional. Ada 'rumours' mengatakan sebuah kedai yang menjual assam laksa memasukkan tisu ke dalam setiap mangkuk assam laksa yang disajikan. Harga semangguk laksa RM3.00 (uwekkk ... tak lalu). Senibina bangunan kedai masih bangunan lama. Ramai peniaga berbangsa Cina di sini.

8. Dalam plan cuma naik bas dan keretapi. Tapi kami kena naik feri dari Terminal Feri Raja Tun Uda, Pelabuhan Quay ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth. Risau jugak kalau terlewat tapi sempat berlarian akhirnya untuk naik keretapi jam 1400. Sebelum naik feri, sempat jumpa Kak Norliah yang belikan kami jeruk sebab kami tak sempat nak pegi shopping sendiri. TQ akak!


9. Perjalanan keretapi lebih 7 jam. Berjaya tamatkan pembacaan novel 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' oleh Faisal Tehrani. Macam baca tesis sarjana, tapi berbaloi sebab pendedahannya yang memandaikan bangsa. Antara novel beliau yang pendek.

10. Nak cerita lebih sikit tentang keretapi. Baru-baru ini stesen Tanjung Pagar bukan lagi milik KTMB setelah lebih 80 tahun beroperasi. Banyak kesan sejarah yang boleh dilihat dan menunjukkan sumbangan kemudahan pengangkutan ini di semenanjung. Banyak lagi stesen yang dikekalkan bangunan lamanya sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Ipoh. Tanda arah di stesen Butterworth pun agaknya dah berpuluh tahun usianya. Di satu setesen saya ternampak ejaan 'BILEK BUNGKUSAN'.

11. Laluan di Bukit Mertajam bersebelahan dengan 'Bukit Mertajam High School' 1927. Hampir 100 tahun.

12. Stesen yang lebih moden bermula dari Ipoh. Terfikir, kami ada pilihan untuk naik Shuttle Ipoh-KL. 'Mental note' untuk cuba trip shuttle ni akan datang.

13. Macam-macam orang kat dalam keretapi ni. Ada penumpang di belakang kami tak berhenti bercerita, agaknya lebih dua jam. Asnita kata macam berita dunia dari UK, Las Vegas, Singapore, Kuala Lumpur. Dari konsultan sampai penulis buku. *sigh* tak penat ke bercakap? ada nada berlagak dalam percakapannya.

14. Budak tak abis sekolah naik dari Butterworth, turun di stesen selepas Ipoh (tak ingat stesen apa). Sebelum turun sempat menyarungkan tudung ke kepala. *sigh*

15. Tren berhenti sebentar di Stesen Kuala Lumpur, dibina tahun 1885. Kebetulan tren The Eastern & Oriental Express berhenti. E&O seolah Star Cruise di laluan keretapi dengan pakej serendah USD2320 seorang.

16. Ringkas dan menarik. Dapat tahu sebutan 'peng you' dalam dialek Hokkien dan Mandarin berbeza. My mentor said: susah nak belajar kedua-duanya. Hmmm ... baru satu perkataan dah konfius.

17. Haiza Hamid & Jamalia Ibrahim : teringat trip kita last time ke Penang. Kali ni je tak pegi makan Mee Udang :)

Bila ada peluang lagi, boleh luangkan lebih masa dan cuba pelbagai 'specialty food' yang ada kat Penang & shopping kat Queensbay Mall :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan