Pages - Menu

Ahad, 17 Julai 2011

Snippets - Ho Chi Minh City April 2011

Ini cerita perjalanan 3 bulan yang lalu. Walau apapun, semoga relevan untuk pembaca yang belum pernah ke Ho Chi Minh City Vietnam. Perjalanan ditaja oleh As-Salihin Trustee Berhad selama 4 hari 3 malam.

Setibanya di HCM City




Pemandangan semasa mendarat. Banyak rumah-rumah di sekitar lapangan terbang. Teruja untuk melihat Bandar Ho Chi Minh City.
Banyaknya motosikal
Semua jalan :)
Pemandangan yang berbeza dengan Kuala Lumpur. Kenderaan utama ialah motosikal. Mereka menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja dan lain-lain urusan. Ini kerana kos yang amat tinggi untuk memberi kereta dan pembelian mesti dibuat secara tunai dahulu sebelum membuat pinjaman. Kalau trafik sesak di Kuala Lumpur dengan kereta dan perjalanan tergendala berjam-jam, di Ho Chi Minch City, walaupun trafik padat tetapi perjalanan lancar juga. Tempoh masa lampu isyarat hijau lebih lama daripada lampu isyarat merah. Selama tiga hari di sana, kami tidak jemu-jemu dengan pemandangan ini.


Restoran Saigon Sri Penang. Penduduk beragama Islam adalah golongan minoriti di Bandar Ho Chi Minch City. Tetapi ada beberapa Restoran yang menyediakan makanan Halal seperti Restoran ini memandangkan pasaran pelancong Malaysia yang datang sebagai pelanggan mereka di sini. Hidangannya pun sedap dan menyelerakan. Asian Cuisine, jadi memang boleh telan. Kami dilayan dengan baik.

Cute kan? Topi keledar, tidak menepati piawaian SIRIM daaa...



Hari kedua perjalanan ke Chu Chi Tunnel. Terowong yang dibina oleh orang Vietnam untuk menumpaskan tentera Amerika. Konsep 'survival' digunakan dan pelbagai teknik dan perangkap diaplikasikan untuk memperdaya musuh. Mereka ada dapur bawah tanah, terowong sembunyi bawah tanah, jerangkap samar pelbagai jenis dan selipar dua arah (hmmm... tak tau istilah yang betul).
Lubang ini cuma boleh muat seorang sahaja. Tentera Amerika yang berbadan besar tidak boleh masuk.


Agenda seterusnya ialah ke Mekong River. Tapi tak upload la gambar kat sini ye. Mekong River perkampungan yang masih mundur. Kami dapat lihat kedaifan penduduk di situ. Pengalaman naik sampan selama lebih kurang 20 minit. Sampan berselisih tapi takdela kemalangan.


Tidak lengkap itenari kami tanpa aktiviti membeli-belah terutama untuk kaum wanita kan. Ada beberapa kedai yang kami singgah. Salah satunya kedai beg. Macam-macam rekaan, harga pun berpatutan. Bila balik ke Malaysia, ada kedai jual beg yang sama dengan harga dua kali ganda. Nasib baik, kita 'terbeli' satu hari tu :)

Tempat membeli belah yang popular ialah Saigon Square dan Ben Tanh Market. Urusan jual beli boleh dibuat dengan USD, Viet Dong atau RM. Perghhh .. memang pening juga nak congak perbelanjaan. Ada rakan yang bawa carta tukaran matawang. Barangan di Saigon Square tertumpu kepada T-shirt, beg, kasut, pakaian kanak-kanak dan aksesori. Kualiti dan harganya pun berpatutan. Ben Tanh Market pula popular dengan kain 'cotton'. Ben Tanh Market ada dua bahagian iaitu basah dan kering. Tapi kami tidak berkesempatan menjenguk ke pasar basah kerana kesuntukan masa.


Recap aktiviti di Ho Chi Minh City:
Hari 1
Sampai dan makan malam. Singgah di Night Market di Ben Tanh, 10 minit daripada hotel menaiki teksi. Tambang sangat murah hanya RM3.00 untuk 'seven-seater' teksi.

Hari 2
Perjalanan 2 jam ke Chu Chi Tunnel kemudian terus ke Mekong River.
Petang kami ke Saigon Square.

Hari 3
Melawat pusat kraf oleh orang kurang upaya dan petang kami ke Ben Tanh Market.

Hari 4
Melawat bangunan bersejarah di HCM City seperti Pejabat Pos dan Notterdame Church (melihat-lihat dari luar sahaja. Sambung aktiviti membeli-belah di Ben Tanh Market.
Tengahari kami pulang.

IMHO: Bersyukur kerana kehidupan di Malaysia lebih baik lagi. Banyak kemudahan dan peluang untuk memajukan diri. Peperangan di Vietnam memberi kesan kepada penduduknya sehingga kini dan mereka memang dibesarkan dalam suasana 'survival'. Merasai kelainan apabila melawat tempat yang mempunyai budaya berbeza. Supaya kita belajar daripada pengalaman perjalanan ini.

2 ulasan:

  1. As salam... InsyaAllah saya akan ke VN Dis nnt, jdnya nak tanya, duit utk dibawa ke sana better tukar ke USD ker or Dong? Agak pening, sebab ada yg kata guna jer matawang USD di sana, ada pula yg kata bawa dua2... saya ke sana ikut trip (rombongan 40 org). Harap sudi membantu saya.

    Lagi satu, kalau nak beli telekung kat mana yg murah & range harga mcmana? beg kat atas tu range harga? kain cotton & chiffon?. Tgh nak buat budget. owh yer, alas meja murah2 x?

    Byk sungguh saya bertanya ni... Harap xmembebankan... Mohon maaf...

    Terima kasih...

    BalasPadam
  2. Tuan/Puan (maaf ye, saya suka kalau tuan/puan perkenalkan diri)

    - Boleh bawa kedua-dua matawang. USD lebih mudah dikira berbanding dong. Pengalaman saya bawa USD lebih. Dong perlu ada juga kerana ada tempat yang tidak menerima USD seperti di Mekong Delta.

    - tourist guide ada membawa kami ke kedai menjual telekung, tapi pilihan agak terhad. mungkin puan boleh tanyakan dengan tourist guide.

    - cotton dan chifon banyak di Ben Tanh market, saya cadangkan bawa beg extra sekiranya puan hendak membeli belah. harga bergantung kualiti dan kadangkala diberi diskaun bila beli banyak. puan boleh dapatkan kain untuk sepasang dalam linkungan USD10 bergantung kepada jenis kain. beg pun sama. alas meja ada, tapi saya tak sempat survey masa tu...

    - cadangan saya puan/tuan hendaklah fokus dalam memilih barangan takut over budget pula...

    Selamat bercuti dan bergembira di sana :)

    BalasPadam