Pages - Menu

Rabu, 20 Julai 2011

Pasar Seni & Harry Potter

Cuba teka gambar di bawah? (Main teka-teki).

Inilah pasar seni, tempat aku ber'windowshopping' masa zaman belajar dulu. Seingat aku lebih lima tahun tak ke sana, ingat-ingat lupa. Bila ingat-ingat balik, kenapa dulu suka pergi Central Market? Sekarang ini, Pasar Seni yang dibina pada tahun 1888 menjadi salah satu tempat pelancongan.

Struktur bumbung dibina dengan baik untuk memberi keselesaan kepada pejalan kaki di samping menyediakan peluang niaga kepada pengusaha aksesori, makanan ringan dan kraftangan. Binaan serupa boleh dilihat di Jalan Masjid India.

Kenapa aku datang ke Pasar Seni hari ini? Perjumpaan yang dirancang secara spontan seawal 8pagi dengan sweettooth. Kebetulan dia 'free' untuk 'lunch' sekali. Mula-mula dia SMS nak jumpa kt Pasar Seni, perghh memang dah lama betul tak ke sana. Akhirnya kami berjumpa setelah selesai urusan di Jalan Sultan Ismail. Bukan selalu dapat jumpa macam ni, jadi bila ada kesempatan aku akan usahakan untuk bertemu dengan kawan-kawan sepanjang zaman ... chewah. Insya Allah. Kenapa aku cakap kawan sepanjang zaman, sebab kami akan berhubung walaupun adalah dua tiga bulan tak berjumpa. Dengan sweettooth, tahun lepas kali terakhir kami bertemu.

Agenda seterusnya, juga tidak dirancang ialah menonton Harry Potter & the Deathly Hollows, Part 2. Pada mulanya berbelah bagi antara Transformer dan Harry Potter. Akhirnya aku pilih Harry Potter sebab hendak tahu pengakhiran. Aku tak baca novel Harry Potter siri 5-7. Pada pendapat aku, siri terakhir tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Banyak unsur kejahatan dan kegelapan digambarkan mendominasi filem terakhir dalam siri Harry Potter.

IMHO: Banyak perubahan di Central Market, mungkin boleh meluangkan masa yang lebih panjang untuk menjenguk-jenguk kedai-kedai di sana. Adakah kedai buku sewa masih lagi beroperasi?
Harry Potter, Part 2 lebih aksi dan okla sebagai penutup siri ini. (7/10).

2 ulasan:

  1. It was a lovely lunch! Kedai buku tu ada lagi... tapi dah naik taraf (i.e cantik dah dari dulu...lebih tersusun).

    BalasPadam
  2. Yeah! Ada kawan jeles dengan kita, ajak open table kat pavi lak... Ada kelapangan nanti boleh ronda-ronda CM macam dulu2 ...

    BalasPadam