Pages - Menu

Khamis, 28 Julai 2011

Change - Dubai


Some of the pictures from email. Change is constant, that's why.

Khamis, 21 Julai 2011

Macaron & Soft Cheese Cake

Macaron frenzy it seems. I tasted my first macaroon (or macaron) last year after following multiple entries by Not So Humble Pie which I ordered from a baker in Bangsar. At that time, not many outlets are selling macaroon, those temperament cookies. All of a sudden (not so lah ...), macaroon frenzied over patisseries' kitchen. Today, my friend brought me four little macaroons from Chocolat World. Owh sooo sweet little cookies.

Surely, you cannot eat all at once. But I can accept the sweetness. Along with our chit-chatting this evening. It was fruitful. We catch up on things over macaroons & coffee. Guess what, today I ate more sugar than necessary with a slice of cheese cake which was irresistible over lunch and nasi lemak bungkus for breakfast.

IMHO: I am overload with sugars ...

Rabu, 20 Julai 2011

Pasar Seni & Harry Potter

Cuba teka gambar di bawah? (Main teka-teki).

Inilah pasar seni, tempat aku ber'windowshopping' masa zaman belajar dulu. Seingat aku lebih lima tahun tak ke sana, ingat-ingat lupa. Bila ingat-ingat balik, kenapa dulu suka pergi Central Market? Sekarang ini, Pasar Seni yang dibina pada tahun 1888 menjadi salah satu tempat pelancongan.

Struktur bumbung dibina dengan baik untuk memberi keselesaan kepada pejalan kaki di samping menyediakan peluang niaga kepada pengusaha aksesori, makanan ringan dan kraftangan. Binaan serupa boleh dilihat di Jalan Masjid India.

Kenapa aku datang ke Pasar Seni hari ini? Perjumpaan yang dirancang secara spontan seawal 8pagi dengan sweettooth. Kebetulan dia 'free' untuk 'lunch' sekali. Mula-mula dia SMS nak jumpa kt Pasar Seni, perghh memang dah lama betul tak ke sana. Akhirnya kami berjumpa setelah selesai urusan di Jalan Sultan Ismail. Bukan selalu dapat jumpa macam ni, jadi bila ada kesempatan aku akan usahakan untuk bertemu dengan kawan-kawan sepanjang zaman ... chewah. Insya Allah. Kenapa aku cakap kawan sepanjang zaman, sebab kami akan berhubung walaupun adalah dua tiga bulan tak berjumpa. Dengan sweettooth, tahun lepas kali terakhir kami bertemu.

Agenda seterusnya, juga tidak dirancang ialah menonton Harry Potter & the Deathly Hollows, Part 2. Pada mulanya berbelah bagi antara Transformer dan Harry Potter. Akhirnya aku pilih Harry Potter sebab hendak tahu pengakhiran. Aku tak baca novel Harry Potter siri 5-7. Pada pendapat aku, siri terakhir tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Banyak unsur kejahatan dan kegelapan digambarkan mendominasi filem terakhir dalam siri Harry Potter.

IMHO: Banyak perubahan di Central Market, mungkin boleh meluangkan masa yang lebih panjang untuk menjenguk-jenguk kedai-kedai di sana. Adakah kedai buku sewa masih lagi beroperasi?
Harry Potter, Part 2 lebih aksi dan okla sebagai penutup siri ini. (7/10).

Isnin, 18 Julai 2011

Tip menjadi Penulis Bestseller, Zamri Mohamad

Sumbar gambar kulit buku: PTS Portal
Buku kedua yang saya miliki dalam siri Daripada Pembaca Menjadi Penulis. Ia mula diterbitkan pada tahun 2009. Kulit buku yang menarik dalam siri ini. Buku ini kelangsungan daripada Bengkel Penulis Super yang saya sertai bulan Mac lalu. Bengkel Penulis Super yang dianjurkan oleh Akademi Penulis memberi pendedahan secara terperinci dan seterusnya boleh memulakan projek buku pertama saya.

Buku ini memberi panduan dan teknik menulis buku yang mesra pembaca dan berpotensi untuk menjadi buku bestseller. Beliau juga menerangkan tentang kepentingan meletakkan matlamat mengapa ingin menjadi penulis. Beberapa fakta menarik dikongsikan menjadi motivasi kepada penulis baru.

Saya memang bercita-cita menghasilkan buku. Ini adalah salah satu impian saya. Buku ini dapat dijadikan rujukan kepada projek buku pertama saya selain Bengkel Penulis Super yang praktikal.

Siri Daripada Pembaca Menjadi Penulis

1. Tip Menjadi Penulis Bestseller, Zamri Mohamad.
2. Cari duit cara Mudah sebagai Penulis Bebas, Zamri Mohamad.
3. Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf, Ainon Mohd.
4. Pemasaran Gerila untuk Penulis, Jay Conrad Levinson, Rick Frishman, Michael Larsen, David L.Hancock.
5. Menjadi Penulis Hebat: Langkah Demi Langkah, Bobbi DePorter.
6. Panduan Menulis Cerpen, Jasni Matlani.
7. Buat Duit dengan Menulis, Jeniri Amir.

Semua buku diterbitkan oleh PTS Publications. Sila rujuk sini. Insya Allah, buku ketiga dalam siri ini yang ingin saya miliki ialah Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf. Saya telah membaca beberapa bab pertama semasa kunjungan ke Kinokuniya bulan lepas. Walaupun tiada bakat menulis novel, panduan tentang Surah Yusuf amat mengagumkan.

Ahad, 17 Julai 2011

Cari duit mudah sebagai Penulis Bebas, Zamri Mohamad

Gambar kulit buku sumber PTS Portal.

Pertama kali membaca buku karya Tuan Zamri Mohamad. Saya bertemu beliau semasa Mega Seminar Penulisan pada bulan Februari yang lalu. Kemudian saya menyertai Bengkel Penulis Super dan beliau adalah trainer untuk salah satu modul bengkel.

Dalam buku ini beliau berkongsi teknik penulisan artikel dan rencana khususnya di akhbar, majalah dan media massa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan boleh diikuti oleh penulis baru. Perkara yang saya pelajari daripada buku ini ialah:

1) Sentiasa berfikiran terbuka
2) Banyakkan membaca tentang isu-isu yang menarik perhatian masyarakat
3) Buat kajian tentang tajuk atau sesuatu topik yang hendak diulas
4) Jangan putus asa dan terus menulis, walaupun pada permulaan belum diterima anggaplah ia sebagai latihan

Snippets - Ho Chi Minh City April 2011

Ini cerita perjalanan 3 bulan yang lalu. Walau apapun, semoga relevan untuk pembaca yang belum pernah ke Ho Chi Minh City Vietnam. Perjalanan ditaja oleh As-Salihin Trustee Berhad selama 4 hari 3 malam.

Setibanya di HCM City




Pemandangan semasa mendarat. Banyak rumah-rumah di sekitar lapangan terbang. Teruja untuk melihat Bandar Ho Chi Minh City.
Banyaknya motosikal
Semua jalan :)
Pemandangan yang berbeza dengan Kuala Lumpur. Kenderaan utama ialah motosikal. Mereka menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja dan lain-lain urusan. Ini kerana kos yang amat tinggi untuk memberi kereta dan pembelian mesti dibuat secara tunai dahulu sebelum membuat pinjaman. Kalau trafik sesak di Kuala Lumpur dengan kereta dan perjalanan tergendala berjam-jam, di Ho Chi Minch City, walaupun trafik padat tetapi perjalanan lancar juga. Tempoh masa lampu isyarat hijau lebih lama daripada lampu isyarat merah. Selama tiga hari di sana, kami tidak jemu-jemu dengan pemandangan ini.


Restoran Saigon Sri Penang. Penduduk beragama Islam adalah golongan minoriti di Bandar Ho Chi Minch City. Tetapi ada beberapa Restoran yang menyediakan makanan Halal seperti Restoran ini memandangkan pasaran pelancong Malaysia yang datang sebagai pelanggan mereka di sini. Hidangannya pun sedap dan menyelerakan. Asian Cuisine, jadi memang boleh telan. Kami dilayan dengan baik.

Cute kan? Topi keledar, tidak menepati piawaian SIRIM daaa...



Hari kedua perjalanan ke Chu Chi Tunnel. Terowong yang dibina oleh orang Vietnam untuk menumpaskan tentera Amerika. Konsep 'survival' digunakan dan pelbagai teknik dan perangkap diaplikasikan untuk memperdaya musuh. Mereka ada dapur bawah tanah, terowong sembunyi bawah tanah, jerangkap samar pelbagai jenis dan selipar dua arah (hmmm... tak tau istilah yang betul).
Lubang ini cuma boleh muat seorang sahaja. Tentera Amerika yang berbadan besar tidak boleh masuk.


Agenda seterusnya ialah ke Mekong River. Tapi tak upload la gambar kat sini ye. Mekong River perkampungan yang masih mundur. Kami dapat lihat kedaifan penduduk di situ. Pengalaman naik sampan selama lebih kurang 20 minit. Sampan berselisih tapi takdela kemalangan.


Tidak lengkap itenari kami tanpa aktiviti membeli-belah terutama untuk kaum wanita kan. Ada beberapa kedai yang kami singgah. Salah satunya kedai beg. Macam-macam rekaan, harga pun berpatutan. Bila balik ke Malaysia, ada kedai jual beg yang sama dengan harga dua kali ganda. Nasib baik, kita 'terbeli' satu hari tu :)

Tempat membeli belah yang popular ialah Saigon Square dan Ben Tanh Market. Urusan jual beli boleh dibuat dengan USD, Viet Dong atau RM. Perghhh .. memang pening juga nak congak perbelanjaan. Ada rakan yang bawa carta tukaran matawang. Barangan di Saigon Square tertumpu kepada T-shirt, beg, kasut, pakaian kanak-kanak dan aksesori. Kualiti dan harganya pun berpatutan. Ben Tanh Market pula popular dengan kain 'cotton'. Ben Tanh Market ada dua bahagian iaitu basah dan kering. Tapi kami tidak berkesempatan menjenguk ke pasar basah kerana kesuntukan masa.


Recap aktiviti di Ho Chi Minh City:
Hari 1
Sampai dan makan malam. Singgah di Night Market di Ben Tanh, 10 minit daripada hotel menaiki teksi. Tambang sangat murah hanya RM3.00 untuk 'seven-seater' teksi.

Hari 2
Perjalanan 2 jam ke Chu Chi Tunnel kemudian terus ke Mekong River.
Petang kami ke Saigon Square.

Hari 3
Melawat pusat kraf oleh orang kurang upaya dan petang kami ke Ben Tanh Market.

Hari 4
Melawat bangunan bersejarah di HCM City seperti Pejabat Pos dan Notterdame Church (melihat-lihat dari luar sahaja. Sambung aktiviti membeli-belah di Ben Tanh Market.
Tengahari kami pulang.

IMHO: Bersyukur kerana kehidupan di Malaysia lebih baik lagi. Banyak kemudahan dan peluang untuk memajukan diri. Peperangan di Vietnam memberi kesan kepada penduduknya sehingga kini dan mereka memang dibesarkan dalam suasana 'survival'. Merasai kelainan apabila melawat tempat yang mempunyai budaya berbeza. Supaya kita belajar daripada pengalaman perjalanan ini.

Rabu, 13 Julai 2011

Menu Ramadhan

Tinggal beberapa hari lagi masuk ke bulan Ramadhan al-Mubarak. Tahun lepas aku memang tidak pergi ke Bazaar Ramadhan. Satu sebab tidak suka bersesak-sesak dan lebih baik sediakan juadah berbuka di rumah. Lebih terjamin kebersihannya.

Senarai menu pilihan Ramadhan:
1. Daging masak kicap
2. Tomyam campur
3. Ikan bakar primula
4. Kway teow kerang
5. Puding karamel
6. Serabai
7. Ayam masak halia
8. Soto ayam
9. Sambal udang
10. Sotong goreng tepung
11. Broccoli & daging
12. Asam pedam ikan
13. Kari ikan bawal
14. Ikan kukus halia
15. Macaroni goreng
16. Mee suah & Sup seafood
17. Sup Meatball marina
18. Ikan tongkol tumis pedas
19. Daging halia sos tiram
20. Nasi ayam
21. Ayam goreng kunyit
22. Ikan bawal kukus harum wangi
23. Nasi lemak
24. Nasi arab
25. Sup ayam

Cukuplah 25 senarai menu pilihan. Syaratnya, satu menu untuk satu hari sahaja, tiada ulangan :) Terima kasih Mat Gebu, beberapa resepi diambil daripada laman web beliau.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan sama-sama mendapat keberkatannya. Insya Allah.

Isnin, 11 Julai 2011

Saidina Ali r.a dan orang Yahudi

Segmen Mukmin Profesional bersambung lagi minggu ini di IKIM fm tentang Rasulullah s.a.w sebagai 'role model' mukmin profesional. Ustaz Pahrol menceritakan kisah Saidina Ali r.a dan bagaimana beliau menguruskan amarah secara profesional. Ikuti siri sebelumnya di sini.

Dalam satu peperangan, Saidina Ali r.a sedang bertarung dengan orang Yahudi. Sampai satu ketika beliau berjaya menundukkan seorang Yahudi dan menghunuskan pedang kepada musuh itu. Tidak semena-mena orang Yahudi itu meludah kepadanya dan beliau tidak jadi membunuh Yahudi itu.

Apabila ditanyakan oleh Yahudi itu, 'Kenapa engkau tidak membunuhku?' Jawab Saidina Ali r.a 'Aku tidak membunuh kamu kerana aku sedang marah engkau meludah kepadaku.' Ini menunjukkan sikap Saidina Ali r.a yang profesional. Tujuan perang adalah kerana marah kepada musuh Allah. Tetapi apabila sifat marah itu telah berlandaskan peribadi, beliau dapat menundukkan nafsu dan bersikap profesional.

Menguruskan marah dengan baik adalah sikap mukmin profesional.
Apabila kita marah, hendaklah berhenti seketika dan berfikir sebelum bertindak apa-apa. Ini akan mengelakkan kemarahan yang tidak berasas. Tidak salah bersifat marah. Perlulah ada sebab yang munasabah dan carilah penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara positif.

Nabi Ibrahim a.s & Burung

Usaha lebih penting daripada hasilnya.
Aku mengikuti segmen Mukmin Profesional oleh Ustaz Pahrol. Bercerita tentang gagasan Mukmin Profesional, beliau mengakui usaha ini tidak mudah tetapi ia harus digerakkan untuk melahirkan individu Muslim yang mengamalkan budaya Islam sebenar. Beliau berkongsi kisah Nabi Ibrahim a.s dan burung.

Sewaktu Nabi Ibrahim a.s dibakar dalam unggunan api yang besar, seekor burung kecil terbang dan mengambil air dengan paruhnya. Burung itu mencurah air yang dibawa untuk memadamkan api yang besar itu. Burung-burung lain mentertawakan burung kecil itu dan berkata apakah engkau dapat memadamkan api yang besar ini.

Burung kecil menjawab Allah tidak akan bertanya apakah dengan usaha ini akan memadamkan api atau tidak tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang aku buat untuk memadamkan api itu.

Kisah ini memberi pengajaran berikut:
1) Allah menilai usaha yang kecil dan niat yang betul
2) Usaha yang kecil tapi konsisten dan berperingkat akan memberikan hasilnya
3) Hanya Allah yang menentukan takdir tapi kita haruslah berusaha terlebih dahulu

Ahad, 10 Julai 2011

Sebongkah Batu di Kuala Berang

Gusti Allah kulu nyuwun ngapura. Gusti Allah kulu nyuwun ngapura.Sakathahing dosa kula, dosa alit kalawan, dosa ageng. mBoten wonten ingkang saget ngapura. mBoten wonten ingkang saget ngapura. Sakabehing dosa kula. Kajawi namung paduka.
Yang bermakna:
O Ya Allah hamba mohon ampun
Seluruh dosa-dosa saya, dosa yang kecil dan yang besar
Tidak ada yang dapat mengampuni
Tidak ada yang dapat mengampuni
Seluruh dosa-dosa saya
Kecuali hanya Allah.

Sebuah petikan daripada novel terbaru Faisal Tehrani. Aku memang suka baca novel karya beliau. Sejak beliau menulis cerpen lagi, aku mengikuti nukilan yang tidak mengecewakan. SBKB antara karya yang pendek tetapi membawa wacana yang besar. Mengajak kita mendalami budaya dan kehadiran Islam ke Tanah Melayu / Nusantara.

Seolah membaca tesis sarjana, fakta dijalin dengan plot drama sindiran kepada industri hiburan. Disamping beliau membawa cita-cita memandaikan bangsa melalui budaya sebagaimana ulama/pendakwah terdahulu menyebarkan dan mengembangkan Islam di Nusantara.

Karya seorang pemikir boleh didapati di Ujanailmu atau Bookcafe.

Nabi Musa a.s & Dua Orang Gadis

Sebuah kisah tentang Nabi Musa a.s dan dua orang gadis dikongsikan oleh Ustaz Pahrol dalam segmen Mukmin Profesional di IKIM fm. Kisah ini disebutkan dalam Al-Quran yang mana ayat 76 Surah Al-Qasas menjadi asas Mukmin Profesional.
Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata: Wahai ayahku! Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja (pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercayai. Surah Al-Qasas: 26.
Pada suatu hari Nabi Musa a.s berjalan di padang pasir dan bertemu dengan dua orang anak gadis iaitu Ria dan Safura. Mereka adalah pengembala kambing dan merupakan anak-anak kepada Nabi Shuib a.s. Dalam keadaan letih, mereka menunggu untuk mengambil air daripada telaga yang ditutup. Penutup air sangat berat dan mereka tidak mampu mengangkatnya. Lalu Nabi Musa a.s membantu mengangkat penutup air tersebut.

Kedua-dua puteri Nabi Shuib a.s pulang dan menceritakan kekuatan Nabi Musa a.s dan bantuan yang diberikan beliau. Nabi Shuib mengarahkan anak gadisnya menjemput Nabi Musa a.s untuk datang ke rumah.

Semasa perjalanan tersebut, Nabi Musa a.s berjalan dihadapan mereka kerana hendak menjaga pandangannya walaupun tidak tahu arah ke rumah Nabi Shuib a.s. Mereka menunjukkan arah dengan mencampakkan batu atau kayu ke kiri atau ke kanan sebagai petunjuk. Ini menunjukkan sifat amanah Nabi Musa a.s.

Inilah dua sifat yang disebutkan dalam ayat tersebut iaitu Al-Qawi (yang kuat) dan Al-Amin (yang dipercayai) menjadi contoh mukmin profesional.

Menurut Ustaz Pahrol, dalam konteks masa kini kekuatan boleh juga dimaksudkan dengan pengetahuan dan kemahiran di samping kekuatan fizikal. Semoga kita berusaha menjadi seorang mukmin yang profesional.

Singgah blog aku sat , bleh ?

Blog Ben Ashaari bagi aku inspirasi untuk menulis blog dengan lebih konsisten lepas ni ... sebelum ini dah memulakan blog tetapi berhenti di tengah jalan. Sebenarnya ada saja isu yang aku nak beritahu pada orang lain dengan menulis. Tetapi ... eh .. banyak alasan pula. Jadi aku tidak akan buat alasan lagi.

Lagipun aku ada cita-cita nak menulis sebuah buku. Semoga penulisan di blog menjadi latihan untuk memperbaiki cara penulisan. Jumpa blog yang popular macam blog Ben Ashaari ni, buat aku teruja nak menulis. Semoga perkongsian dalam blog ini menjadi peringatan pada diri sendiri dan yang baik dijadikan panduan kepada pembaca ye!

So, sudi-sudilah singgah lagi ye kawan-kawan :)

Selasa, 5 Julai 2011

Snippets - Penang 2-3 Julai 2011

Perjalanan kali ini memang 'ad-hoc' a.k.a tiada dalam perancangan tahun 2011. Walaupun percutian yang pendek tapi menyeronokkan. Misi utama ialah menikmati keenakan durian di sebuah dusun milik kenalan kami. Kali ini saya memilih menggunakan kemudahan bas untuk pergi ke Pulau Pinang. Sepatutnya kami perlu berada di sana jam 1.30 petang, tapi kami terlewat kerana bas hanya bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi. Apa yang menarik:

1. Bahulu kemboja di hentian R&R Sg Perak. Rasanya sedang elok dan tidak terlalu manis, bahagian luar masak rata dan sangatlah sedap. Di gerai itu, ada dijual sambal ikan bilis, tapi harganya agak mahal iaitu RM8 untuk satu bekas empat segi kecil. Tidak berbaloi. Tapi bahulu kemboja ini memang berbaloi.


2. Kami singgah di dusun durian, Telok Kumbar. Pemilik dusun ini telah mengusahakan tanaman durian, rambutan, manggis dan pelbagai pokok buah-buahan tempatan lebih dari 40 tahun. Beliau ada menyebut beberapa jenis durian seperti D24 dan udang merah. Baru-baru ini seorang chef daripada Taiwan juga pernah datang untuk mencuba durian tempatan. Saya hanya makan beberapa ulas durian sahaja, walaupun datang dari jauh (KL kira jauh la kan, tak sejauh Taiwan).







3. Rakan-rakan berbangsa Cina makan malam di Restoran Seafood. Tapi kami dibawa oleh Kak Norliah dan suami (Abang Khalid) ke sebuah Restoran baru iaitu Hometown Cafe, depan Masjid Teluk Bahang. Hidangan istimewanya ialah ikan bakar. Tapi makanan laut yang lain seperti sotong dan ketam ada musim di Batu Feringgi. Katanya, nak makan seafood yang banyak pilihan ada di Telok Tempoyak. Malam tu selepas 'walkathon' dekat Night Market Batu Feringgi, singgah lagi makan Special Char Kway Teow dekat Sany Char Kway Teow. Abang Khalid & Kak Norliah bawa juga kami merasa kway teow jam 1.30pg. Share je sepinggan, kata pun merasa ... BEST!

4. Sepanjang 'walkathon' di Night Market, macam-macam barang yang dijual terutamanya cenderahati. Yang menarik perhatian saya 'key chain' aneka sup & bubur, lampu hiasan, cermin muka dan aksesori. Berjaya untuk tak beli apa-apa. Lagipun shopping bukan dalam itenary kali ni.Ramai juga pelancong dari Timur. Ada Restoran Tarbush, Thai and The Ship berskala besar. Hotel memang banyak, cuma malam tu tak sesak sangat cos ramai turun untuk event lain.


5. Pagi Ahad, memilih untuk ke Penang Hill walaupun hujan renyai-renyai. Antara yang terawal sampai jam 9 pagi. Teruja untuk mencuba perjalanan ke Bukit Bendera dengan tren baru. Sebelum ini pernah mencuba pengalaman dengan kemudahan lama. Perjalanan dengan tren lama 30 minit vs 10 minit tren baru.

6. Kali ini ada yang istimewa dan Bukit Bendera meriah daripada biasa. Penang Hill Run, ramai peserta sudah tamat larian basah kuyup kerana hujan dari pagi lagi. Sempat juga singgah makan di gerai. Peniaga pasti tersenyum walaupun penat kerana rezeki yang luarbiasa hari itu. Sarapan kami Mi Maggi Goreng (share jugak :) dengan teh tarik & nescafe. Rupanya itulah brunch sebab kemudian kami berlarian nak naik keretapi balik ke Kuala Lumpur.



7. Turun ke bawah, Pekan Air Itam pekan tradisional. Ada 'rumours' mengatakan sebuah kedai yang menjual assam laksa memasukkan tisu ke dalam setiap mangkuk assam laksa yang disajikan. Harga semangguk laksa RM3.00 (uwekkk ... tak lalu). Senibina bangunan kedai masih bangunan lama. Ramai peniaga berbangsa Cina di sini.

8. Dalam plan cuma naik bas dan keretapi. Tapi kami kena naik feri dari Terminal Feri Raja Tun Uda, Pelabuhan Quay ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth. Risau jugak kalau terlewat tapi sempat berlarian akhirnya untuk naik keretapi jam 1400. Sebelum naik feri, sempat jumpa Kak Norliah yang belikan kami jeruk sebab kami tak sempat nak pegi shopping sendiri. TQ akak!


9. Perjalanan keretapi lebih 7 jam. Berjaya tamatkan pembacaan novel 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' oleh Faisal Tehrani. Macam baca tesis sarjana, tapi berbaloi sebab pendedahannya yang memandaikan bangsa. Antara novel beliau yang pendek.

10. Nak cerita lebih sikit tentang keretapi. Baru-baru ini stesen Tanjung Pagar bukan lagi milik KTMB setelah lebih 80 tahun beroperasi. Banyak kesan sejarah yang boleh dilihat dan menunjukkan sumbangan kemudahan pengangkutan ini di semenanjung. Banyak lagi stesen yang dikekalkan bangunan lamanya sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Ipoh. Tanda arah di stesen Butterworth pun agaknya dah berpuluh tahun usianya. Di satu setesen saya ternampak ejaan 'BILEK BUNGKUSAN'.

11. Laluan di Bukit Mertajam bersebelahan dengan 'Bukit Mertajam High School' 1927. Hampir 100 tahun.

12. Stesen yang lebih moden bermula dari Ipoh. Terfikir, kami ada pilihan untuk naik Shuttle Ipoh-KL. 'Mental note' untuk cuba trip shuttle ni akan datang.

13. Macam-macam orang kat dalam keretapi ni. Ada penumpang di belakang kami tak berhenti bercerita, agaknya lebih dua jam. Asnita kata macam berita dunia dari UK, Las Vegas, Singapore, Kuala Lumpur. Dari konsultan sampai penulis buku. *sigh* tak penat ke bercakap? ada nada berlagak dalam percakapannya.

14. Budak tak abis sekolah naik dari Butterworth, turun di stesen selepas Ipoh (tak ingat stesen apa). Sebelum turun sempat menyarungkan tudung ke kepala. *sigh*

15. Tren berhenti sebentar di Stesen Kuala Lumpur, dibina tahun 1885. Kebetulan tren The Eastern & Oriental Express berhenti. E&O seolah Star Cruise di laluan keretapi dengan pakej serendah USD2320 seorang.

16. Ringkas dan menarik. Dapat tahu sebutan 'peng you' dalam dialek Hokkien dan Mandarin berbeza. My mentor said: susah nak belajar kedua-duanya. Hmmm ... baru satu perkataan dah konfius.

17. Haiza Hamid & Jamalia Ibrahim : teringat trip kita last time ke Penang. Kali ni je tak pegi makan Mee Udang :)

Bila ada peluang lagi, boleh luangkan lebih masa dan cuba pelbagai 'specialty food' yang ada kat Penang & shopping kat Queensbay Mall :)