Pages - Menu

Sabtu, 2 April 2011

snippets - akhir tahun 2010 & tahun baru 2011

1. terima kasih Harimau Malaya. walaupun memang bukan minat bola, tapi tengok jugak siaran live malam rabu lepas. berbaloi. PM announced cuti hari Jumaat. kira cuti bonus akhir tahun 2010. ada plan dah buat terpaksa ditukar. tapi semuanya selesai dengan baik pada 30 disember 2010.

2. ada juga insiden kurang menarik 30/12. ni pasal customer service lagi. masa follow up pagi, kata tak boleh dapat result hari ni. kena tunggu hari selasa (4/1/11) walaupun dah tunggu lebih 20 hari. lepas dah hantar emel 'UCAPAN' tahun baru, kul 515 ptg kata dah siap. sangat2 efisien lepas baca 'UCAPAN' tu agaknya. kalau macam nilah cara kerja. letih, habis energy tak tentu pasal. anyway, berjaya jugak mengambil result dengan bantuan pakcik driver. terima kasih pakcik :)

3. hari terakhir 2010. happy dapat balik kampung sehari lebih awal dari yang dirancangkan. sepanjang perjalanan dengar CD Maher Zain. hmm... sebelum ni heran jugak kenapa dia jadi phenomenal (maaf ye peminat Maher Zain). lagu2 tak bosan didengar. tahniah Maher Zain. sebab CD ni pinjam, hari ni dah beli CD untuk simpanan sendiri and satu lagi nak hadiahkan pada Ashraf.

4. alhamdulilah perjalanan balik tak jammed. tapi ada insiden lagi. kali ni ada special escort utk kereta takde plat no. escort cars Jx X. ntah sapa la tu agaknya. kereta escort yang lebih2, lepas turun dr R&R machap ada ke patut dia bang cermin kereta dengan jarak dekat, dahla kelajuan time tu 1xx km/h. uish... orang tau le nak ke tepi macam mana. bahaya tau. please la, kita fahamla awak tu escort 'orang penting'.

5. tengok umah mak yang sedang diubahsuai. kali ni buat major renovation. mungkin sebab penat and habuk2 kt rumah, mak tak berapa sihat. harap2 mak cepat sembuh and dapat rehat sepenuhnya.

6. 1.1.11, cantikla nombor ni. kami sekeluarga pergi makan dekat kg pasir putih, pasir gudang. kat sini, lauk dia sangat simple. tapi sebab ikan & udang yang fresh, memang ramai datang kt sini. dirasmikan 1986. mantan PM, Tun Mahathir pun penah datang makan kt sini.

7. bermula tahun 2011 dengan baik. setelah ke garisan tahun 2010, nampaknya tahun 2011 diharap2kan dapat berjalan dengan baik hingga keakhirnya :) hari pertama di pejabat, dapat klien baru. alhamdulilah. kami sangat happy dapat bantu lebih ramai orang kita merancang dengan cara yang sesuai dan terbaik untuk mereka :)

8. hari ni, jumpa Kevin Zahri. dia tunjukkan laman web baru syarikat. nampaknya target kami dalam 10 hari lagi untuk launch. sungguh mencabar. tapi pengalaman yang menarik. Kevin sangat experience & helpful. moga2 result yang diharapkan dan permulaan yang baik untuk tahun ini.

9. hujan lebat. cancel plan asal. pegi makan sushi instead. tak boleh selalu macam ni, seboleh-bolehnya kena ikut plan kalau mampu ;)

10. esok. ada event yang penting jugak. excited nak belajar something new lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan