Pages - Menu

Isnin, 27 Disember 2010

snippets - kuala terengganu

1. end of 2010, at last ada alasan pergi bercuti ke kuala terengganu. bandar KT tak sibuk sangat. jalan besar, banyak traffic light. a nice place to relax and shop!

2. stay @ seri indah resort. tepi pantai batu burok. petang-petang kat pantai ramai orang. kemudahan awam mcm resting place and food court ada kat sini. food court tepi pantai jual seafood 'celup tepung' and air kelapa. makan kat sini hari jumaat petang cos tak sempat nk lunch. lagipun kedai makan tak banyak yang buka waktu siang.

3. hujan sepanjang hari khamis. destinasi pertama ialah Noor Arfa Art Complex. lebih kurang 70% batik adalah jenama Noor Arfa yang dijual di sini. 30% Noor Arfa ambil produk keluaran pengusaha lain sebagai sokongan mengembangkan produk barik. sempat belajar mewarna batik. ambil masa lebih lama daripada kanak-kanak yang buat projek sama :) kanak-kanak lebih impulsive, tak perlu fikir banyak. buat sahaja asalkan sendiri puas hati. revisited warna-warna asas dan warna-warna sekunder.

 
4. kat mana-mana pun, kita perlu fikir tentang jiran. tak berkenan betul dengan famili yang duduk bilik sebelah masa kt resort ni. sampah bersepah kt luar bilik (p****t*r). buat bising sampai tengah malam. memang tak patutla.

5. batik lukis terengganu memang cantikla. work of art. banyak sangat pilihan kat pasar payang. peniaga mengeluh sebab harga kain putih naik. tahun depan mesti harga batik dah lain. sebab main supply dari china. compare dengan kain sulam and batik dari indonesia, batik malaysia memang artistik.

 
6. dua hari kami breakfast kat luar. tak makan kt resort. hari pertama, nasi dagang. hari kedua nasi lemak selera KL :) kt mydin mall. nasi lemak KL sampai kt Kuala Terengganu. awal lagi mydin mall dah ramai orang. sebelah dgn giant je, tapi orang tempatan prefer mydin mall. konsep hypermarket mcm carrefour. better than mydin in KL (different target), yang kita tak berapa nak pergi. sesak.

7. test drive Toyota Rush. lebih kurang sebulan launch. road trip @ Kuala Terengganu sambil buat iklan.

8. sempat juga ke pulau duyong, tempat industri seni membina bot. hari cuti, takde yang bekerja pun. maybe bukan musimnya.

9. destinasi terakhir, keropok kg bukit tok beng. yang famous. located on the way to airport. masak guna dapur kayu. at least ada 8 periuk yang besar untuk merebus keropok. dah order hari khamis. kena beratur ambil nombor, 1378. kalau mereka bermula dengan 0001 hari ni, dah seribu lebih pelanggan sehari. tak dapat nak tambah order lagi sebab nanti kena tunggu lama untuk keropok sejuk. sesiapa yang datang sini, mesti singgah dan rasa keropok BTB.

10. sampai kat airport awal. rupanya flight awal. take off 15mins earlier. flight delay mmg selalu, tapi flight take off early, mcm kurang sesuai je. maybe sebab weather.

11. boleh datang ke Kuala Terengganu lagi, tapi kali ni boleh fokus pada aktiviti admiring batik @ pasar payang :)

12. last point. musim cuti, ramai visitors dari luar. ada yang drive sampai 8 jam nak ke sini. kuala terengganu destinasi pilihan.

MASJID KRISTAL
PANTAI BATU BUROK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan