Pages - Menu

Selasa, 7 Disember 2010

Ma'al Hijrah & Tiga Lapisan

maal hijrah menjelang lagi ... agaknya apa yang bakal aku hadapi nanti. semoga tahun baru ini lebih bermakna dan memberi penghijrahan terbaik kemudiannya.

aku tertarik dengan sepotong ayat Quran yang dibaca lewat Maghrib tadi. ia tentang tiga lapisan. ayat 4, surah Az-Zumar menyebut "Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu, kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan". dalam nota terjemahan menerangkan tiga kegelapan itu adalah kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang menutupi anak dalam rahim.

hmmm... kalau seorang ahli sains yang baca ayat Quran ni mesti dia tergamam. sebab Allah dah sebut awal2 lagi dah tentang kejadian manusia. adanya tiga lapisan yang melindungi anak sebelum dilahirkan. aku bukanlah pakar. tapi al-Quran sememangnya mukjizat yang diturunkan untuk mereka yang ingin belajar.
lagi satu, seorang ibu itu memang istimewa sangat sebab diberi anugerah untuk melindungi anaknya. dan sampai ketika anak itu akan bersedia untuk menghadapi dunia luar, maka cahaya putih yang menyambutnya.
jadi, aku nak ucapkan tahniah pada sahabatku, haiza & iwan diatas kelahiran puteri mereka, cahayamata yang bakal membahagiakan, insya Allah. semoga menjadi anak solehah.

sesungguhnya, mempelajari Islam dengan al-Quran adalah sebaik-baiknya dan Sunnah sebagai penunjuk jalannya. wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan