Pages - Menu

Sabtu, 21 Mac 2009

Why the Jews So Smart

Mengapa Yahudi Bijak?

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi semua ini dengan pembaca sekelian.
Sekali lagi, benarlah apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Semoga rencana
ini bermanfaat. Saya terimanya daripada emel.

Tesis ini bertajuk “Why The Jews So Smart”. Sukacita saya alih bahasakannya
secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubat cara diet
saya. Semoga pasangan muda dapat mengamalkannya demi melahirkan generasi
yang baik.

*Hakim Ma’ruf bin Haji Abdul Kadir, Universiti Massachuset, USA. *

*Mengapa Yahudi Bijak?*

Setelah berada 3 tahun di Israil kerana menjalani *housemanship* di beberapa
hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk
dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” Memang tidak dapat
dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang;
kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan
yang mana ia memang tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai
oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,
perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun ke-2, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari
untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu
pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu
kebetulan, atau olah manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana
seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya di samping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda,
tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun untuk
mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya
cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.

*1) Persiapan Zuriat*

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israil,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah sang Ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan ibu
bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Saya
sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku
matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat
menyelesaikannya. Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu sahaja
dengan gembira saya membantunya. Saya bertanya kepada beliau, “Adakah ini
untuk anak kamu?” Beliau menjawab, “Ya, ia untuk anak saya yang masih dalam
kandungan. Saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila
dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti
perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa
jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.

*2) Pemakanan*

Seperkara lagi yang saya ialah pemakanan beliau. Sejak awal kandungan beliau
gemar memakan kacang badan dan kurma bersama susu. Untuk makan tengah hari,
makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul
dengan badam dan pelbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh
baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak
baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam
kandungan. Ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi
semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak
ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama
yang saya perhatikan ialah menu mereka. Perkara yang sama diperhatikan ialah
mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau filet) dan biasanya daging
tidak ada di meja jika ada ikan. Menurut mereka campuran daging dan ikan
tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah kemestian, terutamanya
badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika diundang ke rumah
Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahab dahulu. Memakan hidangan
karbohidrat (nasi atau roti) kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa
mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

*3) Jangan Merokok*

Di Israil, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah
Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda
keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis Israil,
kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan
akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa
generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap). Ini satu penemuan yang dahsyat
oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil
perhatian. Ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah… (tekalah
sendiri).

*4) Pendidikan Anak-anak*

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak
ini cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahab bersama kacang badam,
diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi
sungguh bijak dan rata-rata memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan
Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola,
ini adalah wajib. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya
dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan
kanak-kanak ini bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat *
stimulate* (semacam senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali
genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya darjah 1-6, kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan
perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan
kanak-kanak California, mereka jauh berbeza IQnya dan boleh saya katakan 6
tahun ke belakang. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh
kanak-kanak Yahudi.

Selain itu sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi
keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat
melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan
untuk perkhidmatan negara.

*5) Pendidikan Tinggi*

Pelajar sekolah tinggi (menengah), pelajar ditekankan dengan mata pelajaran
sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun
kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah
lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea ini
akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti..

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriua tentang perniagaan.
Pada tahun akhir, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan
projek dan mempraktikkannya dan anda hanya lulus jika kumpulan anda (10
pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta. Anda
terperanjat? Itulah kenyataannya. Dengan rangkaiana seluruh dunia dan ditaja
sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat
menguasai 1/2 perniagaan di dunia. Siapakah yang mencipta rekaan Levis yang
terkini? Ianya dicipta di Universiti Israil oleh fakulti perniagaan dan
fesyen.

*6) Ibadah*

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu
caranya ialah dengan menggoyang-goyangkan kepala mereka. Ini dapat
mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama di
Timur Tengah seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyang-goyangkan kepada. Ini juga dapat menstimulasikan otak kita supaya
bertambah aktif.

Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai
adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya kebetulan? Kegemaran
mereka ialah sushi (daripada ikan), adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.

*7) Perniagaan*

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi sedia membantu mereka yang
berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja), jika
mereka ada idea yang bernas jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah.
Pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk
memastikan yang perniagaan menurut landasan yang betul.. Maka lahirlah
Starbuck, komputer Dell, Coca Cola, DKNY, Oracle, perfileman Hollywood,
Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan
perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri
dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New
York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

*Kesimpulan*

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa,
beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung.. Galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah
tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat
yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk
pertumbuhan otak kanak-kanak.. Dengan bermain piano dan biola sudah tentu
dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan
yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, damak
dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh
akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun
2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianaktirikan dan
begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US
7! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda. Saya puji sikap
pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali. Seperti Israil ianya begitu
taboo dan cara pentadbiran dan pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Israil. Maka itu saya lihat institusi pengajian mereka bertaraf dunia
walaupun hakikatnya neara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya
telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja Indonesia.
Jika anda ke Jakarta, di mana sahaja anda berada, dari restoran ke pawagam,
kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok.
Harga rokok? Cuma $US 0.70. Dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan
orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang
dapat dibanggakan? Teknologi jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa
selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali
menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda
fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah
Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke
Hitler.. Bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan
ialah mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya
ialah mungkin dan tidak mustahil. Ianya memerlukan perubahan dari segi
pemakanan dan cara mendidik anak.

Saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
pada cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah
saya nyatakan di atas tadi, cucu saya pada umur 9 tahun dapat menulis
karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai mengapa
saya gemarkan tomato.

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.